UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Ahmad Zaidi Baharuddin
12018
Article
Pemikiran Mana Sikana dalam drama
Ahmad Zaidi Baharuddin
Kajian ini dilakukan untuk mengupas pemikiran Mana Sikana dalam teks-teks drama yang dihasilkannya terhadap sembilan buah drama karya beliau iaitu drama lhsan, Tanah di Hujung Bendang, Pengadilan, Hikmah, Mustaqima, Apa-apa, Di Hujung Taming Sari, Pasir-Pasir di Pasir Salak dan Air Mala Naning berdasarkan tiga zaman iaitu Realisme (1960-1970),Absurd (1980-1990) dan Metasejarah (tahun 2000-2010) menjadi bahan analisis. Analisis dilakukan dengan menggunakan teori sastera teksdealisme. Empat prinsip yang menjadi landasan teori ini ialah prinsip kehadiran, prinsip pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip keperibadian telah dijadikan kriteria mengukur keunggulan drama-drama Mana Sikana. Kajian mendapati drama-drama beliau mempunyai pelbagai tingkat pengalaman. Dalam meletakkan mutu drama ke tahap yang lebih unggul, beliau telah melakukan pelanggaran terhadap konvensi sastera termasuklah pelanggaran terhadap aliran, watak dan teknik. Hal ini selari dengan prinsip perlanggaran dan pengukuh.....

1133 hits

22018
Article
Persoalan dan pemikiran Hatta Azad Khan dalam teks drama Mayat, Patung-patung dan Kerusi daripada perspektif teori persuratan baharu
Ahmad Zaidi Baharuddin
Perbincangan artikel ini bertujuan mengupas persoalan dan pemikiran dalam teks drama Mayat, Patung-Patung dan Kerusi karya oleh Hatta Azad Khan (2009). Perbincangan memberi fokus terhadap pemikiran pengarang dari sudut pandangan masyarakat. Kajian ini menggunakan Teori Persuratan Baharu sebagai teori teras analisis dapatan kajian. Kajian ini menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah mengumpul dan mengkategorikan data. Data tersebut kemudiannya dianalisis dengan menggunakan teks dramatik Melayu yang dihasilkan melalui pelbagai gaya persoalan, pemikiran dan pendekatan dalam menyusun dan mengolah aspek dramatik daripada teks drama Mayat, Patung-Patung dan Kerusi. Perbincangan kajian difokuskan kepada persoalan yang banyak dikemukakan oleh pengarang dalam ketiga-tiga drama iaitu Mayat, Patung-Patung dan Kerusi. Hasil kajian mendapati, pelbagai persoalan yang boleh diketengahkan melalui ketiga-tiga drama ini. Selain itu, pemikiran yang dikemukakan oleh pengarang iaitu Hatta Azad Khan da.....

639 hits

32018
Thesis
Proses kreatif drama Mana Sikana: satu kajian teksdealisme
Ahmad Zaidi Baharuddin
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan keunggulan seorang tokoh pengarang drama iaitu Abdul Rahman Napiah atau lebih dikenali sebagai Mana Sikana. Sumbangan beliau terhadap penulisan cerpen, pelopor absurdisme, pencipta teori sastera, pengembang teori moden dan pascamoden serta pelopor dalam kajian drama dan teater. Pendekatan kajian ini dilakukan untuk melihat proses kreatif beliau serta membincangkan aspek keunggulan dalam kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keperibadian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif terhadap sembilan buah drama beliau yang terpilih iaitu drama “Ihsan”, “Tanah di Hujung Bendang”, “Pengadilan”, “Hikmah”, “Mustaqima”, “Apa-Apa”, “Di Hujung Taming Sari”, “Pasir-Pasir di Pasir Salak” dan “Air Mata Naning”. Data yang dianalisis dibincangkan secara deskriptif menggunakan konsep Teksdealisme. Empat prinsip yang menjadi landasan teori ini ialah prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan keperibadian telah dijadikan kri.....

647 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.