AbstractKajian ini dilakukan untuk mengupas pemikiran Mana Sikana dalam teks-teks drama yang dihasilkannya terhadap sembilan buah drama karya beliau iaitu drama lhsan, Tanah di Hujung Bendang, Pengadilan, Hikmah, Mustaqima, Apa-apa, Di Hujung Taming Sari, Pasir-Pasir di Pasir Salak dan Air Mala Naning berdasarkan tiga zaman iaitu Realisme (1960-1970),Absurd (1980-1990) dan Metasejarah (tahun 2000-2010) menjadi bahan analisis. Analisis dilakukan dengan menggunakan teori sastera teksdealisme. Empat prinsip yang menjadi landasan teori ini ialah prinsip kehadiran, prinsip pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip keperibadian telah dijadikan kriteria mengukur keunggulan drama-drama Mana Sikana. Kajian mendapati drama-drama beliau mempunyai pelbagai tingkat pengalaman. Dalam meletakkan mutu drama ke tahap yang lebih unggul, beliau telah melakukan pelanggaran terhadap konvensi sastera termasuklah pelanggaran terhadap aliran, watak dan teknik. Hal ini selari dengan prinsip perlanggaran dan pengukuh.....