UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

Simplified search suggestions : Ahmad Zainudin Husin
1
Abstract
Persidangan Afro-Asian dimulakan di Bandung (1955), diikuti Persidangan Kaherah (1957) dan Belgrade (1961), yang membawa kepada penubuhan pergerakan negaranegara berkecuali (NAM). Persidangan ini disertai negara-negara Komunis dan anti- Komunis yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah kesatuan dalam kalangan negara-negara berkecuali dalam menentang usaha penjajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua. Pengisytiharan Tunku Abdul Rahman berhubung cadangan pembentukan Malaysia pada tahun 1961 yang menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak, telah menimbulkan berbagai reaksi anggota persidangan tersebut. Kepelbagaian reaksi ini berkait rapat dengan kepentingan dari aspek strategik, keanggotaan dalam pertubuhan pertubuhan tertentu, persempadanan, ideologi dan lain-lain. Reaksi sesetengah negara anggota ini kelihatan mengatasi "Semangat Bandung" yang menjadi pegangan mereka sejak tahun 1954. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan reaksi anggota Persidangan Afro-Asian berhubung de.....
Article Published 2014 1380 hits Available
2
Abstract
Disertasi ini membincangkan hubungan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan dengan negara-negara Asia Tenggara yang terpilih iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura. Bentuk hubungan yang dikaji meliputi secara langsung dan tidak langsung (melalui perantaraan pihak ketiga atau pertubuhan tertentu). Analisis hubungan ini mengambilkira perkembangan antarabangsa yang mempengaruhi dasar luar kedua-dua Vietnam dengan Asia Tenggara iaitu Perang Dingin, persaingan golongan Komunis dengan Bukan Komunis di kedua-dua Vietnam dan perkembangan dasar kuasa-kuasa besar di kedua-dua Vietnam dengan Asia Tenggara. Reaksi kepada perkembangan ini mencorakkan pola hubungan antara kedua-dua Vietnam dengan negara-negara Asia Tenggara yang dikaji. Secara keseluruhannya penyelidikan ini merumuskan dinamika hubungan yang wujud, dipengaruhi oleh reaksi kedua-dua pihak (Vietnam Utara dan Vietnam Selatan dengan Negara-negara Asia Tenggara) terhadap perkembangan dalaman Vietnam dengan rantau Asia Ten.....
Thesis Published 2010 2370 hits Available
4
Abstract
Artikel ini membincangkan cabaran dalam memartabatkan bahasa Melayu pada era kolonial British sehingga 1970 di Malaysia. Fokus perbincangan adalah untuk membincangkan cabaran terhadap keutuhan bahasa Melayu pada setiap fasa penjajahan sehinggalah selepas merdeka. Kaedah yang digunakan dalam penyelidikan bagi menghasilkan penulisan artikel ini berlandaskan kaedah sejarah dengan pendekatan kualitatif, terutamanya analisis dokumen. Fasa penyelidikankaedah ini terdiri daripada heuristik, kritik, pentafsiran data dan historiografi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa keutuhan bahasa Melayu ketika berhadapan dengan cabaran era penjajahan disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu dasar penjajahan British yang mendiskriminasi penduduk tempatan dan penjajahan Jepun yang gagal meletakkan bahasa mereka ke tahap yang mampu menyaingi kepentingan bahasa Melayu dalam pentadbiran. Kajian ini dapat membuktikan bahawa kedudukan bahasa Melayu mampu dimantapkan melalui usaha menyeluruh bangsa penuturnya dal.....
Article Published 2022 1038 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.