AbstractPersidangan Afro-Asian dimulakan di Bandung (1955), diikuti Persidangan Kaherah (1957) dan Belgrade (1961), yang membawa kepada penubuhan pergerakan negaranegara berkecuali (NAM). Persidangan ini disertai negara-negara Komunis dan anti- Komunis yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah kesatuan dalam kalangan negara-negara berkecuali dalam menentang usaha penjajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua. Pengisytiharan Tunku Abdul Rahman berhubung cadangan pembentukan Malaysia pada tahun 1961 yang menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak, telah menimbulkan berbagai reaksi anggota persidangan tersebut. Kepelbagaian reaksi ini berkait rapat dengan kepentingan dari aspek strategik, keanggotaan dalam pertubuhan pertubuhan tertentu, persempadanan, ideologi dan lain-lain. Reaksi sesetengah negara anggota ini kelihatan mengatasi "Semangat Bandung" yang menjadi pegangan mereka sejak tahun 1954. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan reaksi anggota Persidangan Afro-Asian berhubung de.....