AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point bagi mengukur tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik iaitu pengetahuan atribut ikhtisas, pengetahuan amalan ikhtisas, pengetahuan ikhtisas, pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas dan pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara. Kajian ini melibatkan 361 orang guru matematik sekolah rendah di Perak yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, peratus, sisihan piawai, Ujian-t dan ANOVA satu hala pada aras signifikan 0.05 dengan menggunakan pakej perisian statistik serta Model Persamaan Berstruktur menerusi kaedah Kuasa dua Terkecil Separa. Kajian ini mendapati per.....