UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 3 |
Simplified search suggestions : Aisyah Abdullah |
1 | 2017 thesis | Satu kajian kes tentang penglibatan keluarga mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan Aisyah Abdullah Kajian ini bertujuan meneroka penglibatan keluarga, cabaran dan strategi keluarga dalam mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Seramai tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada empat orang ahli keluarga dan tiga orang bekas penagih dadah dipilih dengan menggunakan kaedah sampel bertujuan. Hasil kajian mendapati penglibatan keluarga merupakan satu proses penyesuaian bagi mengendalikan bekas penagih dadah. Keluarga juga menempuhi cabaran dalam mengendalikan bekas penagih dadah kerana pengaruh dalaman dan luaran. Bagi mengatasi cabaran tersebut, keluarga mempunyai strategi tersendiri iaitu membentuk intervensi psikososial yang terdiri daripada tingkah laku, personaliti dan persekitaran. Kesimpulannya, keluarga perlu mendekatkan diri dengan bekas penagih dadah bagi memotivasikan mereka untuk meneruskan kehidu..... 598 hits |
2 | 2019 thesis | Bahasa kepimpinan rumah tangga Rasulullah S.A.W. dalam riwayat Aisyah R.A. dari sudut analisis wacana kritis Ariza Abdullah Analisis tekstual hadis Rasulullah SAW masih tidak meliputi seluruh aspek
kepemimpinan baginda. Kajian kritis wacana kepemimpinan dalam rumah tangga
baginda perlu sebagai model masyarakat. Konflik timbul dalam rumah tangga akibat
kurang persefahaman antara pasangan. Permasalahan ini perlu kembali kepada
rujukan agama yang telah dipraktis oleh baginda Rasulullah SAW sebagai model
qiwiimah rumah tangga. Praktis kepemimpinan baginda terangkum dalam bentuk
wac ana hadis terutamanya hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a .. OIeh itu, kajian
ini bertujuan untuk mengenaI pasti ciri-ciri bahasa kepemimpinan rumah tangga
baginda dan amalan wacana dalam periwayatan hadis. Data dikumpuI daripada
sebelas buah hadis mengenai peristiwa-peristiwa utama yang berlaku dalam rumah
tangga baginda yang diambil daripada kitab hadis Sahih Al-Bukhariy. Analisis
dibuat menggunakan pendekatan Model Tiga Dimensi Fairclough (1995) dalam
analisis wacana kritis yang menganggap bahasa adalah satu bentuk..... 1477 hits |
3 | 2024 final_year_project | Tinjauan kesan pemansuhan pentaksiran tingkatan 3 (PT3) terhadap pilihan aliran menengah atas dalam kalangan pelajar tingkatan empat Siti Aisyah Abdullah Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesan pemansuhan
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan faktor yang menentukan pilihan aliran menengah
atas dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kajian
tinjauan iaitu kajian kuantitatif. Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 181 orang
pelajar tingkatan 4 di 3 buah sekolah di Pulau Pinang yang dipilih menggunakan teknik
persampelan rawak mudah. Instrumen yang diguna pakai dalam kajian tinjauan ini bagi
mengumpul data, ialah Soal Selidik Tahap Pengetahuan tentang kesan pemansuhan PT3
serta faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan aliran menengah atas. Data ini dianalisis
menggunakan kaedah statistik deskriptif, iaitu nilai min dan sisihan piawai manakala
statistik inferensi melibatkan korelasi Pearson. Dapatan bagi kajian ini menunjukkan
bahawa kesan pemansuhan PT3 adalah pada tahap (min = 3.03, sisihan piawai = 0.44)
yang sederhana manakala purata bagi faktor-faktor yang mempengar..... 194 hits |