UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

29 record(s) found

1
Abstract
The movement towards the computerisation of business activities (Wieder et al. 2006) among organisations has occurred as a result of the influences of globalisation and competitiveness. In an attempt to further understand this scenario, a large number of academic researchers have applied different theoretical lenses to an understanding of computerisation adoption (i.e., technology adoption). As a result, the topic of technology adoption has become a mature topic in the information systems research domain (Venkatesh 2006). Despite being a mature topic, the majority of researchers have focused predominantly on exploring technology adoption as a single action activity (i.e., a snapshot) (Aguirre-Urreta and Marakas 2012) without considering other actions that could occur during the adoption process (e.g., information search, evaluation and trial). Such a narrow discussion prevents a holistic understanding of the technology adoption process, especially for corporatewide system adoption wher.....
Thesis Published 2015 2123 hits Available
3
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh murid dan tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh guru. Seterusnya perbandingan di antara tahap kebolehbacaan bahan bacaan yang dipilih oleh murid dengan bahan bacaan yang dipilih oleh guru. Reka bentuk kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif deskriptif. Kajian ini telah dijalankan di empat buah sekolah rendah yang dibahagikan kepada sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Sampel kajian terdiri daripada 144 orang murid sekolah rendah yang telah dipilih oleh guru dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Seramai 24 orang guru Bahasa Melayu terlibat dalam kajian ini. 288 buah bahan bacaan telah dianalisis kandungannya dari aspek jumlah ayat, jumlah patah perkataan dan jumlah suku kata dengan menggunakan Formula Kebolehbacaan Khadijah Rohani (1982). Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan pemilihan oleh murid dengan guru dari aspek tahap kebolehbacaan bahan dan genre bahan baca.....
Thesis Published 2015 2350 hits Available
4
Abstract
Kajian awal ini bertujuan untuk meneroka nilai-nilai yang diterapkan guru dalam pengajaran matematik, dengan responden adalah satu orang guru matematik di SMP Negeri 15. Data dikumpul secara kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumentasi. Pengumpulan data melalui tiga kali proses pengajaran. Setiap proses pengajaran melibatkan temu bual prapengajaran, pemerhatian pengajaran kelas dan temu bual pascapengajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru telah melaksanakan sekurang-kurangnya dua kategori nilai dalam pengajaran matematik, iaitu nilai pendidikan umum dan nilai pendidikan matematik. Nilai pendidikan umum yang dominan diterapkan guru dalam pengajaran matematik adalah nilai jujur, rasa ingin tahu, teliti, dan disiplin. Nilai pendidikan matematik yang dominan diterap oleh guru adalah nilai aktivis, nilai instrumental, nilai relevan, nilai teoretikal, nilai kebolehcapaian, nilai kawalan dan nilai penilaian...
Article Published 2013 1874 hits Available
5
Abstract
Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis penerapan nilai oleh guru dalam pengajaran matematik di Sekolah Menengah Pertama (SMP) bandar Palembang, Indonesia. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini yang melibatkan seramai tiga orang guru SMP di bandar Palembang. Proses pemerhatian pengajaran dilakukan sebanyak tiga kali terhadap setiap peserta. Pengumpulan data dibuat secara individu melalui temu bual pra pengajaran, pemerhatian pengajaran bilik darjah, temu bual pasca pengajaran, temu bual akhir kerja lapangan, nota lapangan dan dokumen pengajaran. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah analisi isi kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga peserta kajian dikesan membuat rancangan penerapan nilai dalam ketiga-tiga pengajaran di bilik darjah, walaupun perancangan ini cenderung dibuat secara tersirat. Nilai-nilai yang dirancang ini diterapkan oleh peserta sama ada secara sedar atau tidak sedar. Dua nilai yang dirancang dan diterapkan secara sedar oleh.....
Thesis Published 2016 1161 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka penglibatan keluarga, cabaran dan strategi keluarga dalam mengendalikan bekas penagih dadah di Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Seramai tujuh orang peserta kajian yang terdiri daripada empat orang ahli keluarga dan tiga orang bekas penagih dadah dipilih dengan menggunakan kaedah sampel bertujuan. Hasil kajian mendapati penglibatan keluarga merupakan satu proses penyesuaian bagi mengendalikan bekas penagih dadah. Keluarga juga menempuhi cabaran dalam mengendalikan bekas penagih dadah kerana pengaruh dalaman dan luaran. Bagi mengatasi cabaran tersebut, keluarga mempunyai strategi tersendiri iaitu membentuk intervensi psikososial yang terdiri daripada tingkah laku, personaliti dan persekitaran. Kesimpulannya, keluarga perlu mendekatkan diri dengan bekas penagih dadah bagi memotivasikan mereka untuk meneruskan kehidu.....
Thesis Published 2017 1123 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh sokongan ibu bapa, personaliti dan motivasi ke atas efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Asajaya, Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak mudah yang melibatkan 442 orang pelajar tingkatan empat dari lima buah sekolah di daerah Asajaya, Sarawak. Responden kajian menjawab empat jenis soal selidik iaitu Career Related Parent Support Scale (CRPSS), Big Five Inventory (BFI), Participation Motivation Inventory (PMI) dan Career Decision- Making Self-Efficacy Scale- Short Form (CDMSE-SF). Data dianalisis menggunakan Ujian-t, Korelasi Pearson dan Regrasi Pelbagai. Analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan subskala sokongan ibu bapa iaitu galakan lisan dan sokongan emosi berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan motivasi intrinsik dan eks.....
Thesis Published 2018 2865 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.