UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Alvin Raj Santhanadass |
1 | 2015 Thesis | Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian Pendidikan Luar Alvin Raj Santhanadass Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian Pendidikan Luar. Instrumen ini berbentuk soal selidik yang terdiri dari komponen pengetahuan strategik, kecekapan perlakuan dan afektif. Soal selidik ini diadaptasi dan diubahsuai dari Tennessee Self Concept Questionnaire, Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ), Participant Motivation Questionnaire (PMQ), Cooper Smith Inventory, Group Environment Questionnaire (GEQ) dan Manual Pendidikan Luar (MPL). Sebanyak 95 item soal selidik yang telah dikenal pasti dan dibina diuji ke atas 100 orang subjek lelaki dan perempuan berumur 15 dan 16 tahun dalam kajian rintis. Kaedah factor analysis, Cronbach alpha dan kesahan pakar digunakan bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ujian. Analisis Pearson Product Moment menunjukkan nilai kesahan pakar terhadap instrumen penilaian adalah 0.89 - 0.90 dan nilai kebolehpercayaan 0.89. Berdasarkan factor analysis kaedah pencabutan Princ..... 1441 hits |
2 | 2024 Thesis | Pembinaan dan pengujian modul pengurusan keselamatan bagi aktiviti kokurikulum di sekolah Alvin Raj Santhanadass Aktiviti kokurikulum adalah kegiatan yang dilaksanakan di luar proses pengajaran dan
pembelajaran kurikulum formal. Ia merupakan medan pembelajaran untuk
mengukuhkan pengalaman dan perkembangan aspek pembangunan pelajar secara
holistik. Penglibatan dalam kokurikulum sememangnya terdedah kepada pelbagai isu
keselamatan sebelum, semasa mahupun selepas aktiviti dijalankan. Tujuan utama
kajian ini adalah bagi membina dan menguji modul pengurusan keselamatan
kokurikulum berdasarkan faktor persekitaran, peralatan dan pelajar. Pembinaan modul
ini menggunakan pendekatan model Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad, (2005).
Kajian kuantitatif ini menggunakan reka bentuk eksperimental sebenar. Populasi kajian
ini terdiri daripada guru-guru sekolah di 24 daerah, negeri Sabah. Seramai 80 orang
guru penasihat kokurikulum di pilih secara rawak mudah untuk kumpulan kawalan
(n=40) dan kumpulan intervensi (n=40) berdasarkan saiz kesan persampelan Cohen
(1988). Dapatan kajian menunjukkan modul ..... 257 hits |