AbstractKajian ini bertujuan menilai kesesuaian dan kebolehgunaan aktiviti imaginasi untuk
pembinaan kerangka aktiviti imaginasi dalam pembelajaran literasi awal murid Orang
Asli. Kajian ini menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan
menggunakan kaedah analisis meta, temu bual dan soal selidik. Instrumen kajian
terdiri daripada satu set soal selidik pakar dan protokol temu bual pakar untuk
mendapatkan data. Analisis meta dan temu bual dijalankan adalah untuk membina
senarai aktiviti imaginasi dalam pembelajaran literasi awal murid Orang Asli. Soal
selidik pula digunakan untuk menilai kesesuaian dan kebolehgunaan aktiviti-aktiviti
imaginasi untuk murid Orang Asli berdasarkan tiga kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Teknik
analisis Fuzzy Delphi telah digunakan untuk menilai kesesuaian dan kebolehgunaan
aktiviti-aktiviti imaginasi tersebut.Sebanyak 30 kajian telah dianalisis dan tiga orang
pakar telah ditemu.....