|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Amirul Ridzuan Mohd Shafie |
| 1 | 2021 Article | Meningkatkan kecekapan merekod tempahan Reka Grafik CMN Global Consultant Sdn. Bhd Amirul Ridzuan Mohd Shafie Pengurusan dalam pentadbiran melibatkan banyak perkara. Setiap perkara ini pula perlu mengikut Standard Operating Procedures (SOP) sesebuah organisasi, seperti merekod, menyisih, menyemak, merangka, mengedar, dan sebagainya. Segala aktiviti perlu dikuasai oleh seseorang pegawai bagi melancarkan kecekapan tugas. Maka, pematuhan SOP adalah amat penting dalam semua jenis perkhidmatan termasuklah reka grafik. Jadi, kajian ini memfokuskan kualiti pereka grafik CMNGCSB ketika merekod tempahan dilakukan. Selain itu, kajian ini turut dijalankan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan ketika merekod tempahan yang terkini, efektif, dan mesra pelanggan dalam SOP. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif secara tinjauan menerusi soal selidik yang diedarkan kepada 40 orang responden dalam kalangan staf CMNGCSB yang menjadi pelanggan utama Unit Reka Grafik CMNGCSB, telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik berkenaan. Dapatan kajian ini menunjukkan, kaedah aplikasi Google Forms dalam SOP..... 802 hits |
| 2 | 2025 Article | Persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru pendidikan islam kontemporari Amirul Ridzuan Mohd Shafie Pendidikan Islam merupakan antara bidang yang sangat lazim dengan institusi pengajian tempatan dan luar negara. Pendidikan Islam juga merupakan suatu mata pelajaran kurikulum bilik darjah yang banyak dikaji oleh sarjana-sarjana Islam selain mengeluarkan pandangan dan ilham mereka dalam menerangkan konsep Pendidikan Islam. Oleh sebab itulah, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru Pendidikan Islam kontemporari berdasarkan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran terpilih. Kajian ini melibatkan 370 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat di sekolah menengah kebangsaan dalam daerah Perak Tengah. Umumnya, kajian ini berbentuk kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan bagi mengutip data ialah dalam bentuk set soal selidik. Dapatan kajian ini dianalisis secara tinjauan menggunakan Pakej Statistik untuk Sosial Sains (SPSS) versi 25 untuk menjelaskan persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru Pendidikan Islam..... 8 hits |