UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

14 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Instrumen Persekitaran Fizikal Bilik Darjah (IPFBD) untuk digunakan di sekolah menengah di Malaysia. Pendekatan kuantitatif digunakan dan seramai 900 orang murid tingkatan empat terlibat dalam pembinaan dan pengesahan instrumen manakala 400 orang murid terlibat dalam penilaian persekitaran fizikal bilik darjah. Kajian ini juga menilai persekitaran fizikal dalam bilik darjah menggunakan IPFBD yang telah dibina. IPFBD yang dibina terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu (i), mengukur kesesuaian persekitaran fizikal bilik darjah (enam konstruk) dan (ii), mengukur kesan persekitaran fizikal bilik darjah kepada murid (tiga konstruk). Dapatan kajian menunjukkan IPFBD yang dibina mempunyai kesahan konstruk yang tinggi dengan nilai muatan faktor dari julat 0.43 hingga 0.96 bagi setiap item. IPFBD turut mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi iaitu dari julat 0.83 hingga 0.98 bagi keseluruhan sembilan konstruk yang dibina. Penilai.....
Thesis Published 2015 4161 hits Available
3
Abstract
Research on the Malay cultural landscape in the Malay Archipelago is based on several factors, which include function, tradition, and the Malay culture. These factors are widely found inMalay literature, which plays a significant role in designing the landscape of Malay culture. Malay literature includes Old Malay manuscripts, Hikayat Melayu (Malay folktales), and Malay poetry, all of which are based on the beliefs, mindsets, and culture of the Malay community. These are demonstrated in a tangible or intangible manner through the environment of the traditional Malaylifestyle, inherent in Malay life values and in the symbolism of places. This review employed a document analysis to identify the elements and components of the Malay cultural landscape and its metaphorical aspects, as reflected in the aforementioned four types of Malay literature. Moreover, this review obtained information on the elements of the Malay cultural landscape that determine and explain the nature, function, and s.....
Article Published 2020 1578 hits Available
4
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti Pelaksanaan Amalan Pengajaran Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam Pengajaran Tajwid al-Quran di negeri Kedah sebagaimana yang ditetapkan oleh Standard Guru Malaysia (SGM). Secara umumnya, reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk set soal selidik. Selain itu, bilangan sampel kajian yang diambil adalah seramai 210 responden yang terdiri daripada guru-guru KAFA lelaki dan perempuan di negeri Kedah. Data kuantitatif ini dianalisis secara deskriptif dan inferensi melalui perisian SPSS, versi 22 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min, sisihan piawai dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan amalan pengajaran guru KAFA dalam pengajaran tajwid al-Quran di negeri Kedah berdasarkan komponen permulaan pengajaran, perkembangan pengajaran dan penutup pengajaran berada pada tahap sederhana tinggi (M=3.81, SP=1.02). Manakala analisis inferensi pula mendapati tidak terdapat.....
Article Published 2021 1276 hits Available
5
Abstract
Pengurusan dalam pentadbiran melibatkan banyak perkara. Setiap perkara ini pula perlu mengikut Standard Operating Procedures (SOP) sesebuah organisasi, seperti merekod, menyisih, menyemak, merangka, mengedar, dan sebagainya. Segala aktiviti perlu dikuasai oleh seseorang pegawai bagi melancarkan kecekapan tugas. Maka, pematuhan SOP adalah amat penting dalam semua jenis perkhidmatan termasuklah reka grafik. Jadi, kajian ini memfokuskan kualiti pereka grafik CMNGCSB ketika merekod tempahan dilakukan. Selain itu, kajian ini turut dijalankan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan ketika merekod tempahan yang terkini, efektif, dan mesra pelanggan dalam SOP. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif secara tinjauan menerusi soal selidik yang diedarkan kepada 40 orang responden dalam kalangan staf CMNGCSB yang menjadi pelanggan utama Unit Reka Grafik CMNGCSB, telah dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik berkenaan. Dapatan kajian ini menunjukkan, kaedah aplikasi Google Forms dalam SOP.....
Article Published 2021 877 hits Available
6
Abstract
Malay poetry has been identified as one of the essential   elements in Malay traditional life, art, design, and aesthetic references. The Malay poetry element has its philosophy and purpose of enhancing Malay landscape designs as well as art character values. This review paper aims to interpret the link between the Malay cultural landscape with the compositions of Malay poetry. This review paper was conducted using the content analysis method. The nature, function, and similarity of Malay customs are encapsulated within Malay poetry, and these features are also present in the Malay cultural landscape which are key elements in the current research. Furthermore, this review paper seeks to acquire knowledge of the Malay cultural landscape that is woven in Malay poetry and the Malay world life. The identification of the features of the Malay cultural landscape may assist environmental researchers in Malaysia as it may act as a reference to assist in the design of an authentic Malay cultu.....
Article Published 2021 751 hits Available
7
Abstract
Kajian dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri kepimpinan dalam Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan dalam Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji, menghuraikan ciri-ciri kepimpinan dalam Tuhfat al- Nafis berdasarkan Teori Takmilah dan menganalisis kesan kepimpinan dalam Tuhfat al- Nafis karya Raja Ali Haji. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan dan analisis kandungan teks. Analisis naskhah ini secara deskriptif berdasarkan Teori Takmilah berpandukan prinsip kedua iaitu Prinsip Kerasulan sebagai Insan Kamil. Tuhfat al-Nafis mengandungi peristiwa-peristiwa kerajaan Melayu di Semenanjung Melayu, Kepulauan Riau-Lingga, Siak, Kalimantan Barat, Sulawesi Selatan dan Betawi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pemimpin yang mengamalkan ciri-ciri kepimpinan berakhlak baik seperti adil, kuat beribadah dan menghubungkan silaturrahim. Terdapat pemimpin menggunakan ciri-ciri kepimpinan seperti.....
Thesis Published 2022 2491 hits Available
8
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji ragam hias Selayah Keringkam dalam konteks seni sulaman yang diperkenalkan dalam Dokumen Standard Sekolah Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) Tingkatan 2. Terdapat tiga objektif dalam penyelidikan ini iaitu mengenal pasti ciri-ciri ragam hias Selayah Keringkam, mengklasifikasikan motif dan reka corak Selayah Keringkam, dan menganalisis aspek ragam hias yang terdapat pada Selayah Keringkam. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan tiga jenis kaedah iaitu kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Seramai tiga orang informan dipilih untuk memberi sumber dapatan kajian bagi menjawab persoalan dalam penyelidikan ini. Penyelidik menggunakan teori Apresiasi oleh Edmund Burke Feldman dan pendekatan Estetika oleh Zakaria Ali. Penyelidik telah menggunakan lima sampel penyelidikan iaitu tiga helai tudung Selayah Keringkam dan du.....
Thesis Published 2022 2023 hits Available
9
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan tahap pencapaian pengecaman cetakan persekitaran antara kanak-kanak berumur empat tahun dengan kanak-kanak berumur lima tahun. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan berlandaskan tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti tahap pencapaian cetakan persekitaran berumur empat tahun dan juga lima tahun. Pada masa yang sama, pengkaji juga akan melihat perbezaan tahap pencapaian cetakan persekitaran yang membabitkan dua peringkat umur kanak-kanak tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 60 orang kanak-kanak di mana 30 orang kanak-kanak merupakan kanak-kanak berumur 4 tahun dan bakinya merupakan kanak-kanak berumur 5 tahun. Sampel ini diambil daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan tadika di sekitar kawasan Tanjong Malim. Instrumen yang digunakan dalam pelaksanaan kajian adalah ujian cetakan persekitaran. Hasil dapatan kajian men.....
Article Published 2022 488 hits Available
10
Abstract
This study was set on the National Child Development Research Centre (NCDRC) Kindergarten, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), to identify the role of the outdoor landscape in shaping the sense of place and assisting the T&L process of children. Qualitative research design with 15 informants from UPSI's Department of Development and Asset Management (DDAM) and kindergarten teachers were interviewed, revealing themes in outdoor landscapes impact in children's physical, cognitive, emotional, and social development educationally. The study emphasizes the importance of landscape design for holistic child development, compelling kindergarten authorities and the Ministry of Education to prioritize landscape designs in kindergartens. Copyright: _2024 The authors...
Article Published 2024 423 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.