|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Amy Mistika Salim |
| 1 | 2024 Thesis | Pembangunan dan kebolehgunaan aplikasi permainan EPGebra bagi topik Ungkapan Algebra Tingkatan Satu daripada perspektif guru Amy Mistika Salim Kajian ini bertujuan untuk membangunkan aplikasi permainan EPGebra serta menguji kebolehgunaannya bagi topik Ungkapan Algebra dalam KSSM Matematik Tingkatan Satu. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian reka bentuk pembangunan. Aplikasi ini dibangunkan berasaskan model ADDIE yang melibatkan fasa (A) analisis, (D) reka bentuk, (D) pembangunan, (I) pelaksanaan dan (E) penilaian. Aplikasi ini mendapat kesahan daripada tiga orang pakar yang berpengalaman dalam bidang Matematik. Kesahan kandungan dianalisis menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (CVI). Bagi menguji kebolehgunaan aplikasi, kaedah tinjauan terhadap 50 orang guru Matematik sekolah menengah di daerah Pasir Gudang, Johor telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Hasil analisis memberikan nilai CVI 1.00 manakala hasil analisis kebolehgunaan aplikasi pula menunjukkan skor min sebanyak 3.5737 dan 3.5838 masing-masing bagi dua konstruk dalam soal selidik iaitu konstruk kebolehpercayaan aplikasi dan konstruk kebolehguna..... 1 hits |