UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Andy Janang
12024
Article
Analisis kemahiran berfikir aras tinggi terhadap standard prestasi subtopik petua kosinus mata pelajaran matematik tambahan
Andy Janang
Kajian ini menganalisis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk subtopik petua kosinus mata pelajaran Matematik Tambahan tingkatan 4 dengan mengenal pasti kehadiran elemen-elemen KBAT menggunakan Model Taksonomi Bloom Semakan Anderson dan meneroka pengaruh elemen-elemen KBAT terhadap standard prestasi. Pendekatan kualitatif melalui kaedah Hermeneutik dengan reka bentuk interpretif digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan yang melibatkan 12 orang murid di tiga buah sekolah di Sibu, Sarawak. Teks yang dikaji terdiri daripada skrip jawapan murid dan transkripsi pemerhatian menggunakan senarai semak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Dapatan menunjukkan elemen KBAT dalam kategori mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta hadir dalam penulisan penyelesaian masalah dan telah mempengaruhi tahap penguasaan tinggi dalam standard prestasi penulisan penyelesaian masalah petua kosinus. Hasil daripada dapatan kajian ini, permasalahan petua kosinus da.....

428 hits

22025
Thesis
Analisis kemahiran berfikir aras tinggi dalam penyelesaikan masalah topik segi tiga mata pelajaran matematik melalui kaedah Hermeneutik
Andy Janang Hendry Tawie
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penyelesaian masalah topik penyelesaian segi tiga mata pelajaran Matematik Tambahan dengan mengenal pasti kehadiran elemen-elemen KBAT menggunakan Model Taksonomi Bloom Semakan Anderson, meneroka pengaruh KBAT terhadap standard prestasi, mengenal pasti peringkat kesilapan-kesilapan menggunakan Model Hierarki Kesilapan Newman dan meneroka langkah-langkah penulisan yang berhubung kait. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk interpretif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah Hermeneutik untuk membuat interpretasi terhadap teks kajian. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan yang melibatkan 12 orang murid tingkatan 4 di tiga buah sekolah di Sibu, Sarawak. Teks yang dikaji terdiri daripada skrip jawapan murid, transkripsi temu bual murid dan transkripsi pemerhatian. Dapatan objektif (i) menunjukkan KBAT kategori mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta telah hadir d.....

47 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.