UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini menganalisis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk subtopik petua kosinus mata pelajaran Matematik Tambahan tingkatan 4 dengan mengenal pasti kehadiran elemen-elemen KBAT menggunakan Model Taksonomi Bloom Semakan Anderson dan meneroka pengaruh elemen-elemen KBAT terhadap standard prestasi. Pendekatan kualitatif melalui kaedah Hermeneutik dengan reka bentuk interpretif digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan yang melibatkan 12 orang murid di tiga buah sekolah di Sibu, Sarawak. Teks yang dikaji terdiri daripada skrip jawapan murid dan transkripsi pemerhatian menggunakan senarai semak Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Dapatan menunjukkan elemen KBAT dalam kategori mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta hadir dalam penulisan penyelesaian masalah dan telah mempengaruhi tahap penguasaan tinggi dalam standard prestasi penulisan penyelesaian masalah petua kosinus. Hasil daripada dapatan kajian ini, permasalahan petua kosinus da.....
Article Published 2024 503 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penyelesaian masalah topik penyelesaian segi tiga mata pelajaran Matematik Tambahan dengan mengenal pasti kehadiran elemen-elemen KBAT menggunakan Model Taksonomi Bloom Semakan Anderson, meneroka pengaruh KBAT terhadap standard prestasi, mengenal pasti peringkat kesilapan-kesilapan menggunakan Model Hierarki Kesilapan Newman dan meneroka langkah-langkah penulisan yang berhubung kait. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk interpretif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah Hermeneutik untuk membuat interpretasi terhadap teks kajian. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan yang melibatkan 12 orang murid tingkatan 4 di tiga buah sekolah di Sibu, Sarawak. Teks yang dikaji terdiri daripada skrip jawapan murid, transkripsi temu bual murid dan transkripsi pemerhatian. Dapatan objektif (i) menunjukkan KBAT kategori mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta telah hadir d.....
Thesis Published 2025 115 hits Available
3
Abstract
Biau (doa) merupakan puisi tradisional invokasi masyarakat Iban yang dilafazkan semasa upacara persembahan sajian atau miring untuk menyeru dan memohon keberkatan Petara (dewa-dewi). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti struktur lapisan bahasa, mengkaji jenis ayat dan menganalisis unsur yang membentuk metafora dalam struktur puisi tradisional invokasi biau. Berasaskan pendekatan kualitatif, secara deskriptif dan kaedah tinjauan digunakan untuk mengkaji tiga buah biau iaitu Biau Piring Bedara [Doa Persembahan Sajian Korban], Biau Piring Gawai Tuah [Doa Persembahan Sajian Perayaan Gawai Tuah] dan Biau Piring [Doa Persembahan Sajian] yang diambil daripada buku Sampi Enggau Biau (Robert Menua Saleh dan Janang Ensiring, 2001). Data dianalisis menggunakan kaedah pengkodan. Struktur lapisan bahasa dianalisis menggunakan teknik pengkodan terbuka. Jenis ayat dan unsur membentuk metafora dalam puisi invokasi biau pula menggunakan teknik pengkodan substansif. Dapatan kajian menun.....
Thesis Published 2021 2001 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.