AbstractKajian ini dijalankan untuk melihat literasi kesihatan murid sekolah menengah dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Melalui perbezaan jenis sekolah, hubungan peringkat pendidikan ibu bapa, pengaruh kebersihan diri, efikasi kendiri, motivasi kesihatan dengan literasi kesihatan dan efikasi kendiri sebagai mediator di antara motivasi kesihatan dan literasi kesihatan dalam kalangan murid. Kaedah kajian kuantitatif melalui analisis deskriptif dan inferensi. Menggunakan borang soal selidik Knowledge Attitude and Practice (KAP), The College Students Health Motivation Questionnaire (CSHM-Q), General Perceived Self-Efficacy dan The European Health Literacy Survey Quetionnaire for The Malaysian Context HLS-M-Q18. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 23.0. Seramai 656 orang murid yang menyertai kajian ini. Dapatan kajian ujian One Way ANOVA dengan nilai F(2,653:0.000) =7.952. Nilai p kurang daripada nilai (p > 0.05) menunjukkan perbezaan yang signifikin literasi kesihatan di antara sekol.....