UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 6
Simplified search suggestions : Anwar Ridhwan
12021
Thesis
Keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam novel-novel terpilih
Mohamad Rosmizi Mahamad
Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kepengarangan novel Naratif  Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif  dengan kaedah kepustakaan yang dianalisis secara deskriptif. Asas  dan  dasar  kajian  ini   dianalisis  melalui  empat  prinsip  teori  Teksdealisme  iaitu prinsip kehadiran, prinsip  pelanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa,  keunggulan Anwar Ridhwan dalam prinsip kehadiran   teori   Teksdealisme   telah   berjaya    menghadirkan   pengalaman   melalui pengembaraan,  pengalaman  perkhidmatan,  kehidupan  masyarakat   dan  penyelidikan yang dilakukan. Begitu juga prinsip pelanggaran yang membolehkan Anwar Rihdwan  berani mengemukakan pelanggaran tema dan persoalan, pelanggaran dari segi watak dan perwatakan  serta pelanggaran nilai kemanusiaan yang memberi pembaharuan idea dalam  kepengarangan.Â.....

1797 hits

22020
Article
Keunggulan kepengarangan novel-novel terpilih Anwar Ridhwan
Mohamad Rosmizi Mahamad
Kajian ini bertujuan meneliti keunggulan kepengarangan novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan yang akan dianalisis menggunakan teori Teksdealisme melalui empat prinsip iaitu kehadiran, pelanggaran, pengukuhan dan keindividualan. Secara khusus, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis keunggulan kedua-dua novel tersebut yang menjadi kekuatan kepada kepengarangan pengarangnya.  Novel Naratif Ogonshoto dan novel Penyeberang Sempadan dikarang oleh Anwar Ridhwan yang merupakan tokoh Sasterawan Negara ke-10.  Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Secara holistiknya, kajian ini mengaplikasikan empat prinsip yang mendukung teori Teksdealisme yang menampilkan keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dan menemukan konsep keunggulan baharu iaitu Citra Keunggulan Insan melalui tiga prinsip utama iaitu prinsip Hijrah, prinsip Jati Diri dan prinsip Insaniah. Kajian ini merumuskan secara keseluruhan dari segala a.....

1784 hits

32021
Thesis
Keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam drama dari perspektif teori teksdealisme
Nur Muhamad Shahir Ayob
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji keunggulan kepengarangan Anwar Ridhwan dalam drama. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti prinsip kehadiran, menganalisis prinsip perlanggaran dan pengukuhan dalam drama serta mengkaji aspek kepengarangan Anwar Ridhwan sebagai pengarang drama. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan dan analisis kandungan teks. Analisis naskhah Kumpulan Drama Anwar Ridhwan secara deskriptif berdasarkan teori Teksdealisme berpandukan prinsip kehadiran, perlanggaran, pengukuhan dan individualisme. Kumpulan Drama Anwar Ridhwan diterbitkan pada tahun 2009 yang mengandungi tiga buah drama iaitu ‘Orang-orang Kecil’, ‘Yang Menjelma Dan Menghilang’ dan ‘Pulang’. Dapatan kajian menunjukkan prinsip kehadiran mengenal pasti sumber pengalaman-pengalaman pengarang sebagai cetusan idea di dalam karya. Sumber pengalaman tersebut terbahagi kepada dua secara sengaja dan secara tidak sengaja. Prinsip perlanggaran pula .....

1541 hits

42021
Article
Shahnon Ahmad: dari naratif daerah ke wadah dan wajah kebijaksanaan
Anwar Ridhwan
Karya-karya awal Shahnon Ahmad menaratifkan isu-isu daerahnya dengan pewarnaan tempatan yang unik. Perkembangan kepengarangannya telah turut menyentuh tema kekeluargaan dan kemasyarakatan yang lebih luas, meliputi isu ekonomi, urbanisasi, politik, media, alam sekitar dan agama. Isu-isu tersebut digerakkan oleh dua kelompok – yang menguasai dan yang dikuasai, dengan kelompok pertama biasanya mempunyai banyak kelebihan. Setelah melalui perjalanan kreatif yang panjang, Shahnon Ahmad percaya bahawa karya sastera boleh menjadi medium dakwah melalui gagasan sastera Islamnya.  ..

508 hits

52024
Article
Pengurusan kepimpinan keusahawanan dalam karya terpilih Anwar Ridhwan
Rahmanyasin Jaafar
Perkembangan terkini telah menunjukkan pengurusan kepimpinan Melayu dalam bidang keusahawanan dilihat mempunyai banyak cabaran dalam menempatkan diri terus releven dalam kalangan masyarakat Melayu. Pengurusan Kepimpinan Keusahawanan dilihat sebagai suatu proses merancang, memimpin, mengorganisasi dan mengawal daya usaha anggota bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Sehubungan itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk; pertama, mengenal pasti dimensi pentadbiran dan dasar-dasar pentadbiran di dalam prinsip kepimpinan karya terpilih Anwar Ridhwan iaitu Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, Naratif Ogonshoto dan Arus; kedua, menganalisis pengurusan kepimpinan keusahawanan yang terdapat dalam karya terpilih Anwar Ridhwan; dan ketiga, merumuskan konsep kepimpinan dalam pengurusan kepimpinan keusahawanan yang terdapat dalam karya terpilih Anwar Ridhwan. Kajian ini dijalankan dengan mengaplikasikan Prinsip Kepimpinan yang terkandung di dalam Pendekatan Pengurusan dengan bidang keusahaw.....

201 hits

62023
Final Year Project
Naluri keintelektualan menjana minda dalam teks novel kesusasteraan melayu Naratif Ogonshoto
Anis Karmila Mohamad Redzuan
Kajian ini melihat Naluri Kepengarangan pengarang dalam sebuah teks novel Kesusasteraan Melayu di sekolah. Kajian berbentuk kualitatif ini mengguna pakai kaedah analisis teks. Kajian ini disokong dengan analisis kandungan media video daripada sebuah siaran Youtube yang memuatkan pengisian bual bicara bersama Sasterawan Negara Anwar Ridhwan mengenai novel beliau, iaitu Naratif Ogonshoto. Kajian ini bertujuan mengkaji Naluri Keintelektualan yang menjana minda dalam novel Naratif Ogonshoto oleh beliau. Model yang diterapkan ialah Model Proses Kreatif Teksnaluri oleh Ghazali Din (2016). Asasnya, model ini menggagaskan tujuh naluri dalam diri seseorang pengarang sebagai sumber dalaman yang berupaya memangkinkan proses kreatifnya. Dengan membataskan Naluri Keintelektualan, kajian ini melihat penjanaan minda dalam karya yang berkaitan dengan elemen-elemen dalam naluri tersebut. Berdasarkan senarai catatan dan analisis yang dibuat, hasil kajian mendapati bahawa Naluri Keintelektual.....

1877 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.