AbstractKajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat hubungan antara francaisor- francaisi dan kejayaan
perniagaan francais di Kuala Terengganu, Terengganu. Kajian ini juga dilakukan kerana sehingga
kini didapati masih tidak banyak kajian berkaitan tajuk ini dilakukan, khususnya di Malaysia. Di
dalam perniagaan francais, adalah penting untuk francaisor dan francaisi menjaga hubungan yang
wujud di antara mereka. lni kerana, walaupun berlaku peningkatan dalam penglibatan usahawan di
dalam bidang ini, tidak kurang juga mereka yang menemui kegagalan dalam mencapai matlamat mereka.
Terdapat enam jaktor yang telah dikenalpasti menjadi penyebab kepada kejayaan sesebuah perniagaan
francais. Faktor- faktor tersebut terdiri daripada faktor latihan (sumber manusia), hubungan
francaisor- francaisi, produk atau perkhidmatan, lokasi, pemilihan francaisor dan komitmen yang
diberikan francaisi terhadap perniagaan mereka. Perniagaan francais mula memasuki Malaysia pada
tahun 1.....