AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan kemahiran proses sains oleh guru
dalam Tunjang Sains dan Teknologi bagi Sains Awal dalam kalangan kanak-kanak di
TADIKA. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah pemerhatian,
temu bual dan analisis dokumen. Seramai 3 orang guru dan 54 orang kanak-kanak dari 3
TADIKA di daerah Setiawangsa, Kuala Lumpur di pilih sebagai responden melalui
pensampelan bertujuan. Instrumen yang digunakan adalah borang senarai semak
pemerhatian bagi mewakili 6 kategori kemahiran proses sains iaitu memerhati, mengelas,
mengukur, menginferens, meramal dan komunikasi. Data di analisis secara naratif. Data
kajian diperoleh menerusi hasil tringulasi daripada pemerhatian, temu bual tidak
berstuktur dan analisis dokumen. Senarai semak digunakan semasa membuat pemerhatian
kaedah pengajaran guru, temu bual untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengetahuan
guru dalam kemahiran proses sains manakala analisis dokumen yang melibatkan
ranca.....