AbstractKajian ini bertujuan mengenal pasti lokasi strategik tempatan yang berpotensi dijadikan pusat latihan altitud sederhana sebagai latihan alternatif kepada atlet-atlet tempatan. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas pola perubahan parameter hematologi, daya tahan kardiovaskular dan prestasi fizikal atlet melalui tiga fasa kajian. Fasa I mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas pola perubahan parameter hemoglobin (Hb) dan sel darah merah (SDM). Fasa II mengenal pasti kesan altitud sederhana ke atas penggunaan oksigen maksimum(VO max) dan prestasi atlet melalui aplikasi kaedah latihan khusus dan Fasa III melihat perbandingan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular di antara penduduk tempatan yang tinggal di kawasan tinggi dan penduduk tempatan yang tinggal di kawasan rendah. Rekabentuk kajian menggunakan kaedah eksperimental benar yang menggunakan ujian pra-pasca dan ujian-pasca. Sampel kajian melibatkan atlet sukan rekreasi dan penduduk tempatan.....