UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

10 record(s) found

Simplified search suggestions : Awang Hashim
1
Abstract
Teori Pengkaedahan Melayu termasuk ke dalam golongan teori yang dikenali sebagai Grounded Theory atau “Teori Beralas / berlandas” yang terbentuk dari hasil penyelidikan bersifat kualitatif; dalamnya terbangun rumusan atau formula yang berapa prinsip-prinsip umum tentang karya atau teks sastera dan amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu. Teori pengkaedahan Melayu tersebut tidak terbentuk daripada kekosongan, tetapi berlandaskan kepada kenyataan hidup dan agama bangsa Melayu serta sifat penciptaan kesusasteraan mereka. Kesusasteraan ini bertumbuh dan berkembang dalam bentuk-bentuk lisan dan tulisan sebagai hasil penciptaan dari kegiatan budaya. Sama seperti penghasilan-penghasilan budaya yang lain, penciptaan kesusasteraan ini terbentuk dan terpengarah khususnya oleh faktor-faktor sikap, kepercayaan, cara hidup dan anutan agama yang menjadi milik atau berada dalam jiwa bangsa Melayu. Penciptaannya tidak ditentukan atau diacuankan oleh unsur luar, atau masyarakat dan.....
Conference Item Published 2004 1328 hits Available
2
Abstract
Kajian ini adalah merupakan sebuah kajian kualitatif yang bertujuan untuk mencapai tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti simbol-simbol dalam mantera berasaskan teori semiotik Peirce. Kedua menganalisis hubungan penggunaan simbol dengan makna mengikut konteks pandangan dunia Melayu dan ketiga menghuraikan penggunaan simbol sebagai terapi dalam masyarakat Melayu. Kajian ini juga merupakan sebuah kajian yang berbentuk kajian kepustakaan. Data utama kajian terdiri daripada mantera Melayu dalam buku Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Data dalam bentuk mantera ini dianalisis kandungannya berasaskan kerangka model Peirce Hashim Awang (PHA) untuk mengenal simbol-simbol serta fungsi-fungsi simbol tersebut. Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, kajian ini berjaya menemukan 76 jenis simbol. Simbol-simbol ini telah dikelompokkan kepada lima jenis iaitu simbol binatang, simbol tumbuhan, simbol alam kosmos, simbol benda dan simbol makhluk ghaib dan manusia.....
Thesis Published 2017 2561 hits Available
4
Abstract
The women writers still give their individual contributions and involvements in the world of creative literature development in our country. However, the study on the women’s authors’ works are less significant compared to men’s authors’ works. Apart from that, the study and the perusal on human image in poetry whether the modern poetry or the traditional poetry were very few. This study is try to approach one of the country famous women’s writers namely Zurinah Hassan and this survey result is hope able to give the contribution value to increase the knowledge for the Malay literature world interest. It is also for the Malay Literature subject as a medium in developing the society personality. To achieve this purpose, the three objectives for the research are specified as the study track namely (1) to identify the hidden meaning in Zurinah Hassan poetry’s through the human’s images potrays, (2) to identify the Teori Pengkaedahan Melayu in the Salasilah poetry anthology by.....
Thesis Published 2011 14563 hits Available
5
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk membina satu model penyatupaduan nasional melalui sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, yang dikenali sebagai Model Falsafah Bahasa Penyatuan Bangsa. Dalam model ini, elemen falsafah bahasa akan diserapkan ke dalam sistem pembelajaran bahasa Melayu bagi mewujudkan kesedaran penyatupaduan nasional dalam kalangan murid. Tiga objektif utama ialah meninjau kebolehlaksanaan pembangunan Model Falsafah Bahasa untuk Penyatupaduan Nasional, menghasilkan model prototaip dan menilai pelaksanaannya untuk penyatupaduan nasional. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Design and Development Research Approach yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein. Gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif diimplimentasikan dalam kajian ini berpandukan Model Falsafah Pendidikan Bahasa oleh Awang Sariyan dan Model Falsafah Bahasa oleh Mohd Rashid Md Idris yang telah diteliti berdasarkan dua teori teras falsafah bahasa, iaitu Teori Relativiti Bahasa oleh Edward Sapir dan Benjamin .....
Thesis Published 2017 3621 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis takdir dan contoh peristiwa yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin, menghuraikan peranan pengarang berdasarkan pendekatan Idea Of The Book dan teori Takmilah. Kajian ini juga dilakukan untuk menganalisis peristiwa takdir sebagai medium dakwah, kemasyarakatan, dan seni dalam teks Sulalatus Salatin berdasarkan kerangka Model Koster, Hashim Awang dan Shafie Abu Bakar (KHAS). Penyelidikan ini menggunakan gabungan beberapa prinsip yang dipilih berdasarkan teori Pengkaedahan Melayu (Hashim Awang), Takmilah (Shafie Abu Bakar), dan Pendekatan Idea Of The Book (Koster). Kaedah kualitatif digunakan untuk membuat penelitian terhadap analisis kandungan teks yang terdapat dalam genre sastera sejarah. Data-data dalam penyelidikan ini terbahagi kepada dua iaitu data primer yang terdiri daripada teks Sulalatus Salatin versi A. Samad Ahmad dan data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai sumber ilmiah bagi mengukuhkan dapatan kajian. Melalui k.....
Thesis Published 2019 3671 hits Available
7
Abstract
Pemikiran  dalam  cerpen  kanak-kanak   bermaksud   idea  pokok  atau  gagasan  yang diketengahkan  oleh pengarang  menerusi koleksi cerita yang berlatarkan dunia kanak­ kanak sepenuhnya.   Berdasarkan  penelitian,  pengkaji  mendapati cerpen  kanak-kanak dari  tahun  2012  sehingga  2015   mencetuskan  rasa  tidak  puas  hati  beberapa  panel penilai  Hadiah  Sastera  Perdana  Malaysia   (HSPM)  kerana  dikatakan  kemerosotan mutu  penghasilan  iaitu  dari  aspek  pemikiran.  Tambahan   lagi, terdapat  juga  kritikan daripada  para  sarjana  tempatan  yang  beranggapan  bahawa  cerpen   kanak-kanak  ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera  kanak­ kanak  serta  tidak  memenuhi  keperluan  psikologi  kanak-kanak.  Oleh  itu,  objektif  kajian  ini  adalah  untuk  mengenal  pasti  pemikiran  berdasarkan  konsep  'pemikiran' tokoh    sarjana   yang   ter.....
Thesis Published 2018 4138 hits Available
8
Abstract
Cerita rakyat merupakan medium yang disampaikan secara lisan oleh penglipur lara dan memiliki kekuatan nilai ketamadunan yang sememangnya telah lama diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak zaman dahulu dan dipanjang kepada generasi hari ini. Namun begitu, masyarakat zaman sekarang menganggap bahawa cerita rakyat sebagai perkara yang asing dan membosankan. Oleh hal yang demikian, kajikan ini dijalankan untuk membuka minda masyarakat agar lebih menyedari akan keistimewaan cerita rakyat yang memiliki nilai ketamadunan dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai medium pembetukan moral positif. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah mengenal pasti dan menganalisis nilai ketamadunan masyarakat Melayu yang terkandung di dalam cerita rakyat di Tumpat, Kelantan. Seterusnya, pendekatan moral yang terkandung dalam teori pengkaedahan Melayu, cetusan oleh Hashim Awang pada tahun 1989 dijadikan sebagai deduktif kajian. Selain itu, kajian ini membataskan beberapa cerita rakyat seperti Tujuh Bersaudar.....
Article Published 2021 935 hits Available
9
Abstract
Cerita rakyat merupakan salah satu kesusasteraan Melayu yang disampaikan oleh penduduk pribumi. Ia dikembangkan melalui penyampaian secara lisan daripada satu generasi ke generasi yang lain. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti dan menganalisis aspek akal budi menerusi cerita rakyat Melayu. Batasan kajian ini dihadkan kepada koleksi cerita rakyat dalam buku yang bertajuk Nilai-Nilai Murni dalam Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Penelitian Pengkaedahan Melayu oleh Mohd Firdaus Che Yaacob (2021). Maka, kajian ini menggunakan reka bentuk kajian yang berlandaskan kaedah kepustakaan dan analisis teks bagi memperoleh hasil yang lebih mampan. Kajian ini menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang (1989) menerusi pengkaedahan alamiah bagi memperkukuhkan analisis kajian. Hasilnya, kajian ini mendapati adanya elemen akal budi dalam cerita rakyat Melayu yang diketengahkan. Kesannya, cerita rakyat sedikit sebanyak mempengaruhi gaya.....
Article Published 2023 1101 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran dan amalan masyarakat Kimaragang dalam tangon-tangon (cerita rakyat) terpilih berdasarkan teori Pengkaedahan Melayu janaan Hashim Awang ke atas hubungan pemikiran dan alam, hubungan manusia dan kepercayaan dan perkaitan alam dengan penciptaan alat-alat sokongan hidup sehariharian masyarakat Kimaragang. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan kaedah temubual, kaedah analisis kepustakaan, analisis kandungan teks dan analisis deskriptif. Analisis pemikiran dalam cerita rakyat ini disandarkan kepada tiga pendekatan dalam pengkaedahan alamiah iaitu pendekatan gunaan, pendekatan moral dan pendekatan firasat. Berdasarkan analisis yang dilakukan, didapati aspek pemikiran hubungan manusia dengan alam mencakupi keakraban dengan alam iaitu manusia memperolehi sumber alam seperti rotan,madu,damar,akar,kayu-kayan dan sayur-sayuran sebagai sumber rezeki.Alam juga memberi pengalaman dalam membentuk keperibadian supaya bersifat berani, berbalas kas.....
Thesis Published 2024 1002 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.