AbstractOrang berketurunan Jawa di Malaysia merupakan salah satu kelompok etnik yang dimasukkan dalam kategori bangsa Melayu di Malaysia, secara jelas sesudah kemerdekaan, kerana generasi yang lahir sebelum kemerdekaan atau yang datang ke Malaysia dalam tempoh pramerdeka masih dianggap orang Jawa, bahkan sebahagian didaftarkan dalam sijil kelahirannya sebagai bangsa Jawa. Daripada sudut jumlah, orang Melayu berketuruanan Jawa di Malaysia adalah antara yang terbesar dalam kalangan orang Melayu berketurunan lain yang merantau dari tanah asalnya seperti orang Bugis, orang Banjar, orang Boyan, orang Aceh, orang Rawa, orang Mandailing, orang Kampar dan sebagainya. Secara kasar terdapat dua kelompok utama orang berketurunan Jawa di Malaysia. Yang pertama ialah golongan yang masih agak kental kejawaannyajika dilihat daripada sudut perbahasaannya, sikapnya dan amalan kehidupannya. Golongan yang kedua ialah yang sudah 'cair', dengan pengertian tidak memperlihatkan ciri-ciri kejawaan yang j elas, atau m.....