UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
712025
Thesis
The comparison of high intensity interval training and high intensity functional training among youth discus athletes
Ran, Zhang
High-intensity Functional Training involves functional and dynamic movement integrated with high-intensity training to enhance performance in sports. The aim of this study was to investigate the effects of High-Intensity Interval Training (HIIT) and High-Intensity Functional Training (HIFT) on the Functional Movement Screen, physical, physiological, and performance outcomes among youth discus athletes. A true experimental design with a control group (pre, mid, and post-test) was employed in this study. Thirty-three youth discus athletes (male=17, female=16) were involved in this study and assigned into experimental [HIFT (n=11, Male=6, female=5) and HIIT (n=11, male=6, female=5] groups and control groups (n=11, Male=5, female=6). All Experimental groups underwent 12 weeks of High-Intensity Interval Training and High-Intensity Functional Training, while the control group performed routine discus throwing training. All the parameters were measured at pre-, mid-, and post-tests. Mixed Fac.....

21 hits

722025
Thesis
Implimentasi Argumented Reality (AR) dalam pendidikan STEM dalam kalangan guru prasekolah
Nur Filzahhana Ramlee
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru prasekolah terhadap pengimplimentasian teknologi Augmented Reality (AR) dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Penggunaan AR dilihat berpotensi dalam meningkatkan pemahaman konsep abstrak serta penglibatan murid secara aktif dalam pembelajaran awal STEM (Ibanez & Delgado-Kloos, 2018; Sirakaya & Sirakaya, 2022). Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrummen kajian. Sampel kajian terdiri daripada kalangan guru prasekolah yang dipilih melalui kaedahh persampelan rawak mudah. Data analisis dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mendapatkan skor min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru prasekolah terhadap kelebihan penggunaan AR dalam pendidikan STEM berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun, tahap kesediaan guru prasekolah dalam .....

43 hits

732015
Article
Hubungan Vietnam dengan ASEAN (1967-1995): kajian terhadap isu-isu diplomatik sehingga Vietnam menyertai ASEAN
Ahmad Zainuddin Husin
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis usaha-usaha yang dilakukan oleh negara anggota The Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dalam menjalinkan hubungan dengan Vietnam sejak penubuhannya 1967 sehingga tahun 1995. ASEAN yang ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, diasaskan oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Ia ditubuhkan ketika Asia Tenggara sedang berhadapan dengan konflik di antara Vietnam Utara, yang disokong oleh negara prokomunis dengan Vietnam Selatan, yang disokong negara antikomunis. Konflik tersebut turut memberi kesan kepada hubungan Vietnam Utara dengan ASEAN. Walaupun ASEAN sebagai satu organisasi yang berkecuali, tetapi kebanyakan negara anggotanya adalah antikomunis. Ini telah memberi kesan kepada hubungannya dengan Vietnam Utara. Selepas tahun 1975, golongan berfahaman komunis telah menguasai pemerintahan Vietnam. Perkembangan selepas perang memperlihatkan kemunculan krisis-krisis baru yang melibatkan Cambodia, Laos dan konflik persempadanan an.....

29 hits

742015
Article
Analisis konstrastif pembentukan kata adjektif Bahasa Melayu dan Bahasa Sepanyol
Mariyati Haji Mohd Nor
Perbezaan antara kedua bahasa merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing. Sepanjang proses pembelajaran, pelajar akan melakukan kesilapan dan kesalahan terutama dalam pembentukan kata adjektif bahasa Sepanyol yang berkaitan dengan aspek genus dan bilangan dalam menghasilkan ayat yang betul. Kesilapan dan kesalahan adalah unsur negatif yang akan mengganggu pelajar dan ia harus dielakkan. Bentuk kata adjektif yang pelbagai menyebabkan penyelidik berminat untuk melakukan kajian berkaitan dengan analisis kontrastif antara kedua bahasa. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk kata adjektif bahasa Sepanyol dan bahasa Melayu dan seterusnya menganalisis persamaan dan perbezaan pembentukan kata adjektif kedua-dua bahasa. Kajian ini juga dapat membantu guru dan tenaga pengajar bahasa Sepanyol untuk memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar sepanjang proses pembelajaran terutamanya kata adjektif. U.....

38 hits

752015
Article
Analisis faktor penyumbang terhadap penyalahgunaan dadah dan usaha pemulihan dari segi kognisi di pusat PENGASIH Malaysia
Suppiah Nachiappan
Kajian ini bertujuan menganalisis faktor penyumbang terhadap penyalahgunaan dadah dan usaha pemulihan dari segi kognisi di pusat-pusat PENGASIH Malaysia. Responden kajian ini terdiri daripada enam buah pusat PENGASIH di seluruh Malaysia. Kaedah pedagogi hermeneutik digunakan untuk menginterpretasi teks temu bual yang dikutip daripada responden berkenaan. Fokus hasil kajian adalah terdiri daripada faktor penagihan dadah, usaha-usaha pemulihan dadah, program atau aktiviti yang dijalankan, cara penagih dipantau, cara penagih dipulihkan, program-program kesukaan dan sifat-sifat staf di pusat-pusat berkenaan. Usaha-usaha berterusan daripada pihak kerajaan dan swasta boleh membantu mereka menjauhi daripada penagihan dadah selama-lamanya. Kata Kunci penyalahgunaan dadah, pusat PENGASIH, kognisi dan kaedah pedagogi hermeneutik..

26 hits

762017
Thesis
Pemilihan realisme-perubahan kecenderungan dan keprihatinan pengkaryaan Yu Dafu di Nanyang
Yap, Bee San
Kajian ini meneliti perubahan pernikiran Yu Dafu dengan menuruti aliran pemikiran individualisme yang dipegang teguh olehnya sejak era Gerakan 4 Mei, dan seterusnya menganalisis  kecenderungan dan keprihatinan pengkaryaan beliau selepas berhijrah ke Nanyang. Kedatangan Yu Dafu  di Nanyang merupakan pergerakan diaspora yang terdesak akibat Perang China-Jepun, beliau tidak  sahaja berhadapan dengan krisis negara China, tetapi kedatangan beliau juga perlu berhadapan dengan  konteks Nanyang dan komuniti diaspora Cina yang jauh berbeza dengan ibu pertiwinya. Justeru, kajian  ini meneliti perubahan pemikiran dan kecenderungan pengkaryaan beliau dari perspektif diaspora.  Dapatan kajian ini menunjukkan perubahan Yu Dafu dari individualisme ke realisme, maka penulisan  realisme telah menjadi asas kepada pengkaryaan dan keprihatinan beliau di Nanyang. Kecenderungan  penulisan realisme Yu Dafu di Nanyang terpapar dalam pemilihan isi penulisan serta genre  penulisannya. Implika.....

23 hits

772025
Thesis
Pembangunan model pengajaran e-Apresiasi Seni berasaskan aplikasi galeri virtual sekolah menengah
Farah Suhaiza Saaya
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai keberkesanan Model Pengajaran e- Apresiasi Seni berasaskan aplikasi galeri virtual sebagai alternatif pedagogi dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) sekolah menengah. Pemerkasaan pedagogi apresiasi seni melalui pendekatan digital ini penting untuk menangani cabaran pengajaran konvensional yang terbatas dari segi sumber visual, capaian bahan autentik, dan penglibatan murid secara aktif. Model ini dirancang selaras dengan kehendak Dasar Pendidikan Digital (KPM, 2021) serta aspirasi Revolusi Industri 4.0 yang menuntut integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bermakna dan berimpak tinggi. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) dengan tiga fasa utama: (i) analisis keperluan melalui temu bual separa berstruktur bersama lima orang guru PSV, (ii) pembinaan konstruk model menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) melibatkan 13 orang pakar, dan (iii) penilaian keberkesanan m.....

38 hits

782025
Thesis
Vicarious trauma exposure in relation to trauma and resilience among mental health profesionals and trainess with sense of coherence as moderator
Nurfarahain Nordin
This study aimed to examine the relationships between vicarious trauma exposure (VTE), vicarious trauma (VT), vicarious resilience (VR) and sense of coherence (SOC) among mental health professionals and trainees in Malaysia. Specifically, the study sought to examine the relationships between VTE and VT as well as VR, to assess differences in levels of VTE, VT and VR between professionals and trainees and to determine the moderating role of SOC in the relationships between VTE and VT and VR. The study employed a quantitative correlational research design. A total of 91 mental health professionals and trainees were selected using purposive sampling. Data were collected using self-administered questionnaires and analysed using descriptive statistics, regression analyses, Mann_Whitney U tests and crosstabulation analyses. The findings showed that VTE did not significantly predict VT or VR. However, trainees reported significantly higher levels of VT compared to professionals. Hierarchical .....

34 hits

792025
Thesis
Pembangunan dan keberkesanan modul pengajaran aktif bagi tajuk tumbuhan terhadap pencapaian sains tahap dua di daerah Timur Laut Pulau Pinang
Muhammad Afif Mohd Aris
Kajian ini bertujuan membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif topik tumbuhan Sains tahap 2 dan seterusnya menguji kesahan dan keberkesanan modul daripada aspek pencapaian murid dalam topik yang dipelajari. Modul ini berfokuskan pembelajaran aktif yang berpusatkan murid. Bagi mencapai tujuan tersebut, Model ADDIE digunakan untuk membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran aktif ini. Dua instrumen utama digunakan dalam kajian ini, iaitu soal selidik dan ujian pra serta pasca. Hasil analisis menunjukkan bahawa modul ini memperoleh tahap kesahan pakar yang tinggi (88%) dan nilai kebolehpercayaan yang baik dengan pekali alpha Cronbach = 0.897. Selain itu, tahap kebolehgunaan modul juga dinilai tinggi, dengan skor min sebanyak 4.30 (90.44%). Seramai 180 murid telah dipilih sebagai sampel kajian, terdiri daripada 60 orang murid Tahun 4, 60 orang murid Tahun 5, dan 60 orang murid Tahun 6, yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Analisis ujiant terhadap sko.....

33 hits

802025
Thesis
Penerapan Aplikasi Suno AI dalam pemahaman watak perwatakan novel Vaada Malar murid tingkatan 4
Rajeswari Gopal
Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan Aplikasi Suno AI dalam meningkatkan pemahaman watak dan perwatakan dalam novel Vaada Malar dalam kalangan murid Tingkatan 4 bagi mata pelajaran Kesusasteraan Tamil di Malaysia. Permasalahan kajian ini berpunca daripada kesukaran murid memahami teks sastera, khususnya aspek watak dan perwatakan, yang sering dianggap abstrak dan mencabar melalui kaedah pengajaran konvensional. Sehubungan itu, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) diteroka sebagai satu pendekatan alternatif yang berpotensi meningkatkan minat, penglibatan dan kefahaman murid dalam pembelajaran sastera. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan dengan pendekatan kuantitatif. Seramai enam orang murid Tingkatan 4 dipilih sebagai responden kajian dan terlibat dalam intervensi selama enam minggu menggunakan Aplikasi Suno AI. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca, rubrik pemarkahan serta pemerhatian pengajaran dan pembelajaran. Data kuantitatif dian.....

34 hits

[ First ] [ Prev ] Page 8 of 1202 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.