UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

64
Abstract
Dalam era globalisasi yang berorientasikan budaya kebendaan, budaya sains dan teknologi maklumat, serta budaya digital, pembangunan bahasa, sastera dan pembinaan budaya bangsa seakan-akan dipinggirkan. Fenomena ini tidaklah menghairankan kerana sains dan teknologi sahaja tidak dapat melahirkan insan yang mempunyai etika dan nilai tinggi tanpa sokongan subjek bahasa, dan kesusasteraan Melayu. Sehubungan dengan itu, melalui pengajaran dan pembelajaran puisi Melayu moden (sajak) adalah antara genre dalam kesusasteraan Melayu yang dapat membentuk jati diri dalam pembangunan bahasa, sastera dan budaya bangsa yang luhur dan murni. Puisi adalah hasil cipta penyair lahir daripada sikap manusiawi antara hubung tara jiwa dengan fikiran insani. Umar Junus (1981) menyatakan bahawa puisi merupakan susunan kata untuk mengemukakan pemikiran. Dalam hal ini, puisi-puisi dalam Nukilan Sajak Merdeka (2007) terhimpun 378 buah puisi Melayu moden yang telah merakamkan pemikiran daripada 378 orang penyair ya.....
Article Published 2012 7 hits Available
66
Abstract
Nilai bahasa Melayu penting dalam semua aspek kehidupan bermasyarakat, apatah lagi fungsinya berkait rapat dengan unsur keutuhan perpaduan. Para sarjana psikolinguistik mengkaji nilai bahasa dengan cara mengesan proses minda atau otak manusia memperoleh, memahami, menyimpan dan menggunakannya. Objektif kajian ini digubal untuk menganalisis kepentingan nilai bahasa Melayu dalam menggarab budaya cinta akan perpaduan. Kajian ini turut mengenal pasti cara sesuai berasaskan nilai bahasa Melayu untuk meningkatkan integriti asas budaya bagi pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Kaedah analisis kandungan yang berasaskan reka bentuk kualitatif digunakan untuk mencapai sasaran penggubalan objektif penyelidikan ini. Analisis pendapat tokoh-tokoh bahasa, budaya dan kebudayaan dilakukan dengan merujuk kepada bahan-bahan ilmiah seperti buku dan laporan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai bahasa Melayu menjadi teras utama dalam menjana perhubungan serta persefahaman .....
Article Published 2012 21 hits Available
67
Abstract
Pengarang dibina oleh konteks sosialnya. Konteks sosial di sini bertitik tolak daripada teori sosiologi yang melihat sastera sebagai produk budaya _art is a social product._ (Wolff. Janet, 1981: 1). Justeru, ia bukan sahaja melahirkan atau mencerminkan dunia zamannya tetapi juga amat dipengaruhi dan ditentukan oleh zamannya. Daripada pandangan Sosiologi Sastera, ideaidea pengarang terbit dan dibentuk oleh kolektif. Justeru, karya sastera dijadikan dokumen untuk membaca cita rasa dan aspirasi kolektif pada sesuatu zaman _art is at once a social product and an established means of social control_ (Mukherjee, 1951: 1). Pendekatan sosiologikal dengan demikian akan dapat melihat faktor-faktor persekitaran atau konteks yang mempengaruhi karya. Melalui beberapa penentuan sosial kita juga dapat melihat beberapa aspek yang mendorong kelahiran sebuah teks itu. Maka bertitik tolak daripada pendekatan ini, makalah ini akan membincangkan kepengarangan teks Hikayat Melayu dan Tuhfat Al-Nafis yang la.....
Article Published 2012 9 hits Available
68
Abstract
Keupayaan akal yang terserlah dalam penciptaan simpulan bahasa oleh masyarakat Melayu dahulu harus dikagumi dan diteliti. Warisan Melayu yang terserlah dalam ungkapan simpulan bahasa merupakan harta yang patut dipelihara oleh generasi masa kini dan akan datang. Kertas kerja ini menganalisis 16 simpulan bahasa kata makan menggunakan salah satu prinsip dalam semantik kognitif, iaitu metafora konsepsi yang didapati merupakan salah satu mekanisme memahami entiti abstrak melalui sesuatu yang konkrit. Pembentukan simpulan bahasa yang menggunakan kata makan sebagai dasarnya adalah kerana pemetaan antara-domain pengetahuan, iaitu pemetaan domain sumber kepada domain sasaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap simpulan bahasa yang dikaji memiliki metafora konsepsi yang sama. Kata kunci semantik kognitif, domain sumber, domain sasaran, metafora konsepsi...
Article Published 2012 7 hits Available
69
Abstract
Makalah ini hasil daripada Geran Penyelidikan Universiti (GPU) pada 2010. Kajian ini mengambil masa setahun. Falsafah Pendidikan bahasa yang dibentuk adalah berasaskan kepada gabungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Bahasa. Kerangka teori kajian ini menggunakan Teori Falsafah Bahasa (2007). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aspek falsafah bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah menengah, aplikasinya dan menyarankan strategi untuk penambahbaikannya. Metodologi kajian melibatkan kaedah kepustakaan dan kaedah tinjauan (soal selidik, temu bual dan pemerhatian). Tumpuan kawasan kajian hanyalah di seluruh negeri Perak. Kutipan data dibahagikan kepada 10 zon. Dapatan kajian dengan menggunakan kaedah persampelan menunjukkan tahap pengetahuan guru-guru berkaitan Falsafah Pendidikan Bahasa adalah dalam bilangan yang terhad. Falsafah yang ingin diwujudkan dalam bidang bahasa ini perlu difahami dan dihayati terlebih dahulu untuk mendapatkan manfaat sebe.....
Article Published 2012 33 hits Available
70
Abstract
Teori Hegemoni yang dikemukakan oleh Antonio Gramsci ini merupakan teori sosiologi sastera yang tidak hanya mengakui sastera sebagai lembaga sosial yang relatif otonomi, melainkan mempunyai kemungkinan bersifat formatif terhadap masyarakat. Gramsci (2001) menganggap dunia gagasan dan kebudayaan sebagai superstruktur yang bukan hanya sebagai refleksi atau ekspresi dari struktur kelas ekonomi atau infrastruktur yang bersifat material, melainkan sebagai salah satu kekuatan material itu sendiri. Malah, sesuatu gagasan dunia atau ideologi berfungsi untuk mengorganisasikan pergerakan masyarakat. Di Malaysia, permasalahan intelektual organik dan tradisional masih berada di puncak kekuasaan mengikut zaman pemerintahan dari golongan yang tetentu. Semenjak negara di bawah penjajahan kuasa asing kaum intelektual organik merupakan golongan intelektual yang mendapat tempat dan kuasa dalam semua bidang terutamanya politik dan ekonomi. Gambaran ini akan dihuraikan dalam penulisan artikel ini sebagaim.....
Article Published 2011 25 hits Available
Page 7 of 1222

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.