UPSI Digital Repository (UDRep)

Latest Additions

Recently added items to the database

56
Abstract
Hubungan diplomatik merupakan hubungan dua hala antara sebuah negara atau lebih dengan negara lain. Kelangsungan hubungan ini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir ketua negara atau para diplomat (duta negara) merangka strategi terbaik bagi melindungi kerajaan negara dan rakyatnya. Justeru, dalam hal ini, seorang utusan sesebuah kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan dan membentuk suatu jalinan harmoni antara kerajaan serantau. Oleh itu, dalam kajian ini menggunakan pendekatan interaksi yang diperkenalkan oleh Paul Watzlawick untuk menghuraikan strategi diplomatik dan kaedah pelaksanaan strategi tersebut oleh utusan yang diutus, semasa berhadapan dengan pemerintah kerajaan lain untuk membantu kerajaan yang diwakilinya berjaya melangsungkan hubungan diplomatik dengan kerajaan lain. Kajian ini akan menggunakan naskhah Hikayat Hang Tuah sebagai bahan perbincangan utama. Kata kunci strategi; diplomatik; utusan; kerajaan; naskhah..
Article Published 2014 20 hits Available
57
Abstract
Kajian ini memfokuskan perkembangan aliran ayat yang mampu menyalurkan maklumat dalam penulisan karangan dengan pengaplikasian analisis Tema Rema (Halliday, 1994) dan model Tematik McCabe (1999) ubah suai Danes (1974). Hasil analisis membuktikan bahawa aplikasi pola ini membawa signifikan yang besar terhadap penghasilan penulisan karangan yang memiliki nilai kebolehbacaan yang tinggi. Pendedahan ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada guru dan pelajar sebagai alat pemudah cara untuk membina penulisan karangan yang bermutu. Kata kunci karangan; analisis Tema Rema; Pola Tematik...
Article Published 2014 25 hits Available
58
Abstract
Kajian ini cuba untuk memahami makna leksis kata kunci darah yang kerap dijadikan lambang atau simbol dalam peribahasa Melayu. Dengan menelusur sub korpus data peribahasa yang berpangkalan di www.malaycivilization. com/, sebanyak 116 peribahasa berkaitan darah telah diklasifikasikan mengikut kategori-kategori tertentu, berdasarkan prinsip kognitif. Hasil analisis menunjukkan bahawa berlaku perubahan domain dalam memaknakan leksis kata kunci darah, bermula daripada domain [cecair] yang memerikan darah dalam dua kategori iaitu kategori umum (darah ialah darah) dan kategori khusus (darah mewakili penyakit dan warna), membawa kepada domain [perasaan] dan [sikap]. Perubahan domain membuktikan kehalusan dan ketajaman akal budi orang Melayu dalam memerikan gaya komunikasi berbahasa. Kata Kunci peribahasa; makna; komunikasi...
Article Published 2014 27 hits Available
59
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk melihat bagaimana unsur perbandingan dalam ungkapan darjah penghabisan, tingkat ketiadaan, tingkat kelebihan, dan tingkat kesangatan yang merupakan salah satu daripada daya cipta bahasa untuk mencapai matlamat retorik dimanipulasikan oleh pengiklan dalam iklan radio. Iklan yang memanipulasikan unsur perbandingan itu juga turut ditinjau sama ada memenuhi Prinsip Kesopanan Leech atau tidak. Korpus iklan berdasarkan rakaman audio menjadi bahan untuk kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan pengiklan bijak memanipulasikan unsur perbandingan dengan memilih kata dan frasa yang kabur, mengelirukan dan membuatkan pendengar tertanya-tanya tentang maksud pengiklan sebagai strategi pengiklan untuk menarik perhatian pendengar. Terdapat empat daripada enam maksim yang digariskan oleh Leech dalam Prinsip Kesopanan diterapkan oleh pengiklan, iaitu Maksim Sokongan, Maksim Santun, Maksim Persetujuan dan Maksim Kedermawanan dalam iklan-iklan yang disiarkan. Kata kunci strat.....
Article Published 2014 26 hits Available
60
Abstract
Makalah ini meneliti pendidikan sastera remaja di Malaysia dalam aspek berikut iaitu pertama Ketinggian Daya Intelek Insaniah Remaja di mana unsur intelek dalam FPN menggariskan bahawa perlunya remaja sentiasa berusaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu. Kedua, Kemantapan Rohani Remaja Mematangkan Diri Menghadapi Cabaran iaitu unsur rohani yang dimaksudkan dalam FPN adalah perlunya remaja disedarkan perihal ketuhanan dan rasa insaf akan wujudnya Tuhan. Ketiga, Emosi Seimbang Menjana Remaja Cemerlang, ini bermaksud generasi cemerlang yang mampu memimpin negara dengan baik memerlukan daya tahan emosi yang kukuh. Dalam hal ini tidak keterlaluan jika dikatakan FPN sebagai kerangka analisis wajar dijadikan garis panduan penulis-penulis kreatif yang mahu menjadikan remaja sebagai khalayak. Hal ini kerana, penerapan FPN dalam penghasilan karya kreatif diyakini mampu membina peribadi remaja yang unggul dengan minda cemerlang. FPN juga dijadikan teras untuk mengenal pasti kedudukan .....
Article Published 2014 19 hits Available
Page 6 of 1228

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.