UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Aziah Samichan
12021
Article
Perbandingan model kepimpinan instruksional: persepsi barat dan Malaysia
Aziah Samichan
Kepimpinan instruksional masih kekal relevan sungguhpun telah melebihi tiga dekad. Situasi ini dapat dibuktikan dengan kepelbagaian model kepimpinan instruksional hasil usaha sarjana barat dan juga tempatan. Di Malaysia, kepimpinan instruksional mendapat mandat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan menyarankan agar pemimpin sekolah bertindak sebagai pemimpin instruksional. Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan dalam kalangan pemimpin instruksional tempatan menjadikan model-model kepimpinan instruksional acuan barat sebagai sumber rujukan utama walhal terdapat perbezaan khususnya aspek persekitaran dan budaya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membanding beza elemen-elemen yang terdapat dalam lima model kepimpinan instruksional barat dan empat model kepimpinan instruskional tempatan bermula tahun 2000 hingga kini menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil analisis literatur ini membuktikan wujud elemen-elemen yang perlu penambahbaikan teori berdasark.....

772 hits

22021
Article
Elemen-elemen watan dalam model kepimpinan instruksional sekolah di Malaysia: satu tinjauan literatur
Aziah Samichan
Kepimpinan instruksional merupakan gaya kepimpinan paling asas yang perlu dikuasai oleh pemimpin di sekolah. Hal ini kerana kepimpinan instruksional dikatakan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pembelajaran pelajar, kompetensi pengajaran guru dan seterusnya prestasi sekolah. Gaya kepimpinan instruksional dilihat masih relevan berdasarkan kemunculan pelbagai model kepimpinan instruksional sejak empat dekad. Sehingga kini, model kepimpinan instruksional yang dipelopori oleh sarjana barat telah merentas sempadan benua termasuklah di Malaysia. Namun, adakah model-model kepimpinan instruksional acuan barat yang menjadi rujukan kebanyakan pemimpin pendidikan di Malaysia benar-benar memenuhi konteks pendidikan negara kita? Umum mengetahui bahawa model-model kepimpinan instruksional barat dibina berorientasikan persekitaran dan budaya di Barat dan Eropah. Oleh yang demikian, tujuan artikel berformatkan kertas konsep ini akan menyelusuri keperluan membangunkan satu model watan kepimpin.....

744 hits

32025
Thesis
Pembangunan model watan kepimpinan instruksional sekolah di Malaysia
Aziah Samichan
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model watan kepimpinan instruksional sekolah di Malaysia. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan (DDR) ubah suai melibatkan fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Objektif fasa analisis keperluan adalah untuk mengenal pasti wujudnya keperluan dalam membangunkan model tersebut. Fasa ini menggunakan kaedah tinjauan melibatkan 370 orang bakal pemimpin sekolah dan kaedah temu bual tiga orang pakar dalam bidang kepimpinan instruksional di lapangan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat keperluan yang tinggi untuk membangunkan model watan kepimpinan instruksional (M=4.389, SP=0.789) dan konsensus pakar secara tematik. Manakala, dalam fasa reka bentuk dan pembangunan, satu prototaip model telah dihasilkan menggunakan kaedah Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive Structural Modelling (ISM) melibatkan sembilan orang pakar dalam bidang kepimpinan instruksional. K.....

52 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.