UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Aziah Samichana |
1 | 2023 article | Penyeliaan dan penilaian pengajaran guru dalam kepimpinan instruksional: satu sudut pandang berdasarkan society 5.0 Aziah Samichana Kepimpinan instruksional sering dikaitkan dengan pembelajaran pelajar, kompetensi pengajaran guru dan seterusnya prestasi sekolah. Maka tidak hairanlah salah satu elemen penting dalam kepimpinan instruksional ialah penyeliaan dan penilaian pengajaran guru yang amat signifikan dengan ketiga-tiga perkara tersebut. Malah, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1987 turut dijadikan punca kuasa untuk seorang pengetua itu melaksanakan penyeliaan dan penilaian terhadap guru di sekolah. Melalui penyeliaan dan penilaian pengajaran guru, kualiti pengajaran dan pembelajaran guru dipercayai akan lebih terjamin. Namun dalam kalangan guru-guru, elemen penyeliaan dan penilaian pengajaran sering kali dilihat sebagai medan untuk menghukum berbanding matlamat asal iaitu penambahbaikan pengajaran. Berdasarkan isu tersebut, timbul persoalan adakah situasi ini berpunca daripada kurangnya penekanan elemen kemanusiaan dalam model-model kepimpinan instruksional sedia ada. Justeru, kajian ini akan menyelusuri kemelut..... 9 hits |