UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Azizah Arsad |
1 | 2023 Thesis | Pembangunan dan kebolehgunaan garis panduan pelaksanaan program komuniti membaca Azizah Arsad Kajian ini dijalankan bagi mengatasi masalah pelaksanaan program membaca yang
dalam kalangan komuniti melalui pembangunan garis panduan. Pendekatan Reka
Bentuk dan Pembangunan yang terdiri daripada fasa analisis keperluan, reka bentuk
dan pembangunan serta penilaian digunakan dalam penyelidikan ini. Sampel fasa
analisis keperluan terdiri daripada tujuh orang pakar menggunakan protokol temu bual
dan 30 dokumen sebagai alat kajian. Sejumlah 30 orang pakar terlibat dengan soal
selidik Fuzzy Delphi (FDM1 dan FDM 2) sementara lima orang pakar terlibat dengan
temu bual dalam fasa reka bentuk dan pembangunan. Terdapat 11 orang pakar terlibat
dengan temu bual dalam fasa penilaian. Data bagi temu bual dianalisis secara tematik
menggunakan ATLAS.ti 9 sementara buku rekod bacaan dianalisis secara diskriptif.
Data bagi soal selidik pula dianalisis menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Dapatan fasa
analisis keperluan menunjukkan kesepakatan pakar terhadap keperluan membangunkan
Garis Panduan..... 604 hits |
2 | 2022 Article | Pembangunan modul bacaan ekstensif bagi murid sekolah rendah: satu analisis keperluan Azizah Arsad Membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai dalam proses pembelajaran. Kegiatan membaca secara ekstensif melalui Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) dijalankan di luar bilik darjah pada waktu sengang dengan memberikan imuniti kepada pembaca untuk memilih bahan bacaan yang disukai. Oleh kerana masalah membaca masih berlaku dalam kalangan murid sekolah rendah, maka perancangan yang sesuai perlu untuk mengurangkan kadar celik huruf dalam kalangan rakyat Malaysia. Kajian ini menggunakan Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR). Model ADDIE dipilih sebagai model sandaran. Tujuan fasa analisis keperluan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti keperluan terhadap pembangunan modul bacaan ekstensif bagi murid sekolah rendah. Penyelidik telah menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen dalam fasa ini. Kaedah temu bual separa struktur diaplikasi terhadap tujuh orang pakar iaitu pegawai Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Cemerlang..... 343 hits |