UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Bariyah Basiran
1
Abstract
Tesis ini memberi tumpuan kepada sumbangan institusi ulama yang terlibat dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam negeri Kedah sekitar tahun 1909 hingga 1957. Fokus utama kajian ialah meneliti kedudukan dan peranan institusi tersebut dalam urus tadbir berhubung hal ehwal agama Islam di era penjajahan British. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang sejarah institusi ulama serta penglibatan British dan institusi ulama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam; menganalisis perkembangan dan perubahan yang berlaku selepas campur tangan British, serta menganalisis kesan dan kepentingan institusi ulama dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam kepada masyarakat Islam di negeri Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif berdasarkan sumber primer dan sekunder. Antara sumber utama bagi kajian ini termasuk surat peribadi, surat tauliah, sijil pengiktirafan, foto, kitab lama, catatan peribadi, risalah, resit, surat tanah, laporan rasmi, fail, memorandum dan telegram.....
Thesis Published 2018 1465 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.