UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Che Anuar Che Abdullah |
1 | 2005 Conference Item | Nilai dan amalan negatif masyarakat Melayu: satu analisis Nordin Shah Rul Anuar, Abdullah Md. Akbal, Sulaiman Abdullah, Wan Mohamed Nik Kamal, Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan nilai, amalan dan pemikiran negatif. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis masyarakat Melayu dari aspek amalan dan nilai-nilai budaya mereka khususnya tentang nilai dan amalan yang bersifat negatif. Perbincangan tentang permasalahan ini sebenamya telah banyak diperkatakan oleh para sarjana Melayu dan Orientalis Barat di dalam penulisan dan buku-buku mereka. Segolongan sarjana mengatakan bahawa masyarakat Melayu memang mempunyai nilai dan amalan negatif yang telah turun-temurun membudaya dalam kehidupan mereka sehari-hari dan ada segolongan pula yang menolak dakwaan ini. Golongan kedua ini lebih berhati-hati dan berpegang kepada teori bahawa bangsa Melayu bukanlah satu bangsa yang hina seperti yang digambarkan oleh golongan pertama tadi tetapi ia adalah suatu pengkhianatan dalam memanipulasi fakta tentang masyarakat Melayu. Penggunaan sumber rujukan di perpustakaan telah membawa penulis kepada suatu dapatan; iaitu teori persambu..... 2169 hits |
2 | 2018 Thesis | Kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja remaja dengan komunikasi seksualiti dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, efikasi dan estim kendiri Che Anuar Che Abdullah Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji kecenderungan tingkah laku seks berisiko dalam kalangan remaja dan hubungannya dengan komunikasi seksualiti dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, efikasi dan estim kendiri. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor peramal terbaik bagi kecenderungan tingkah laku tersebut. Kaedah tinjauan dipilih sebagai reka bentuk kajian dan seramai 350 remaja dari daerah Batang Padang, Perak telah dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja berada di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, perbandingan jantina remaja menunjukkan kecenderungan tingkah laku seks berisiko lelaki adalah tinggi berbanding dengan perempuan dan dapatan menunjukkan perbezaannya adalah signifikan. Dapatan kajian juga menunjukkan kecenderungan tingkah laku seks berisiko remaja Kristian lebih tinggi berbanding dengan remaja Islam, Buddha dan Hindu dan perbezaannya juga adalah signifikan. Namun begitu, d..... 933 hits |