AbstractKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda dalam
pemahaman teks Bahasa Cina tahun empat jika dibandingkan dengan pengajaran
konvensional. Kesan kedua-dua kaedah ini terhadap pencapaian markah ujian soalan
pemahaman Bahasa Cina murid Tahun Empat telah dikaji. Kajian ini merupakan kajian
reka bentuk campuran. Reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan pendekatan
eksperimen-kuasi dan disokong oleh data kualitatif seperti analisis dokumen dan temu
bual. 62 orang murid telah dipilih untuk menjadi sampel kajian. Dalam reka bentuk
eksperimen-kuasi, sebuah kelas dijadikan kumpulan eksperimen yang menggunakan
peta minda semasa pengajaran dan pembelajaran pemahaman teks Bahasa Cina selama
12 minggu. Manakala sebuah kelas lagi dijadikan kumpulan kawalan yang menerima
pengajaran konvensional. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah ujian
pra dan ujian pasca, soal selidik, analisis dokumen dan temu bual. Data yang dikumpul
dianalisis dengan me.....