UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 7
Simplified search suggestions : Chew Moi Fong
12020
article
A conseptual framework: the integration of SQ3R om flipped classroom model for Chinese reading comprehension
Chew, Moi Fong
Reading comprehension is one of the important elements in reading skills. Through reading comprehension, students will be able to know the meaning and gain the main information from the reading materials. An effective reading strategy will be a better way to help students understand more about reading. Meanwhile, internet technology is widely used in the education field to promote learning that occurs in the flipped model. This study presents a practical teaching strategy to integrate the SQ3R reading strategy with the help of technology under a new teaching model. Literature reviews on reading comprehension, SQ3R strategy and flipped classroom model are also presented in this paper. This study will employ quantitative approach using surveys technique. Total of 118 year four students from three different primary school in Klang district will be involved in this survey research. A questionnaire and structured interview will be carried out to examine the students’ perception toward th.....

1442 hits

22019
article
Pelaksanaan pendidikan perpaduan menerusi teks KOMSAS dalam kalangan pelajar tingkatan dua
Chew, Fong Peng
Sentimen perpaduan di negara berbilang kaum seperti di Malaysia seringkali menjadi isu yang perlu diambil berat. Dalam konteks negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama, integrasi kaum dijadikan elemen penting dan tonggak asas dalam kestabilan negara. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pelaksanaan pendidikan sastera menerusi teks Komsas mampu memupuk perpaduan pelajar sekolah menengah bawah di Merlimau, Melaka. Teori Weiner (1965) diaplikasikan dalam kajian ini untuk menilai pelaksanaan pendidikan teks Komsas tersebut. Soal selidik digunakan instrumen kajian untuk mengutip data daripada 103 orang pelajar Tingkatan Dua yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi kaum dan pendapatan keluarga/SES. Dapatan kajian secara analisis deskriptif memperlihatkan bahawa buku teks Komsas tidak menggambarkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia. Walaupun guru bersungguh-sungguh menarik minat pelajar, namun para pelajar masih tidak berminat dalam pembel.....

1468 hits

32020
article
Pelaksanaan pendekatan bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu murid prasekolah
Chew, Fong Peng
Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai perlu digunakan bagi mencungkil potensi dan menarik minat kanak-kanak. Kaedah bermain dikenal pasti sebagai salah satu pendekatan PdP yang berkesan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Bahasa Melayu murid prasekolah, dan menganalisis hubungan antara sikap dan motivasi guru dengan pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Bahasa Melayu murid prasekolah. Kajian ini melibatkan 66 orang guru prasekolah di Kuala Lumpur dengan menggunakan persampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen dalam pengumpulan data kajian.  Dapatan kajian menunjukkan sikap dan motivasi guru terhadap pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Bahasa Melayu murid prasekolah berada pada tahap tinggi. Dapatan ini juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan motivasi guru dengan pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Bahasa Melayu murid prasekolah. Kajian ini d.....

1380 hits

42021
article
Kesan teknik SQ3R terhadap kefahaman membaca Bahasa Cina tahun tiga
Chew, Moi Fong
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan teknik SQ3R terhadap kefahaman membaca Bahasa Cina dan juga meninjau persepsi murid terhadap penggunaan teknik SQ3R. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Kajian ini melibatkan sampel seramai 68 orang murid Tahun Tiga dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Tangkak. Sampel merupakan murid dari dua buah kelas yang terbahagi kepada kumpulan eksperimen dengan pendedahan teknik SQ3R dan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pengajaran konvensional. Data kuantitatif dikutip melalui praujian dan pascaujian Ujian Pemahaman Bacaan serta soal selidik. Ujian-t digunakan untuk menganalisis data dan menguji hipotesis yang dibina. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pascaujian kefahaman membaca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan (M=73.18, SP=14.988) dan kumpulan kawalan (M=63.21, SP=17.952) dengan t(66)=2.486, p..

756 hits

52022
thesis
Kesan teknik SQ3R terhadap pencapaian murid tahun tiga dalam kefahaman membaca Bahasa Cina
Chew, Moi Fong
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan teknik SQ3R terhadap pencapaian kefahaman membaca Bahasa Cina tahun tiga. Kajian ini juga mengkaji tahap penguasaan kefahaman membaca mengikut kategori literal, inferens dan kritikal serta mengenal pasti tahap penerimaan murid terhadap teknik SQ3R. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen. Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan yang melibatkan jumlah seramai 68 orang murid tahun tiga dari dua buah kelas di sebuah sekolah rendah daerah Tangkak. Sampel kajian terdiri daripada 34 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 34 orang murid dalam kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pemahaman Bertulis (UPB) dan soal selidik tahap penerimaan terhadap teknik SQ3R. Data kuantitatif dikutip dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif seperti taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan p.....

715 hits

62021
article
Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kemahiran menulis
Chew, Fong Peng
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Sampel kajian ini terdiri daripada 144 orang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah pilihan di Kota Marudu, Sabah dengan menggunakan teknik persampelan selesa. Data dipungut melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan para pelajar terhadap penggunaan KBAT dalam kemahiran menulis Bahasa Melayu adalah tinggi. Ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT dalam kemahiran menulis mengikut jantina. Implikasi kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan memberi maklumat kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.  ..

742 hits

72023
article
Tahap penguasaan kemahiran literasi menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu
Chew, Fong Peng
Kemahiran literasi menulis merupakan suatu kemahiran asas yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua murid di sekolah rendah. Jika kemahiran ini tidak dikuasai akan menyebabkan proses pembelajaran mereka terjejas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu, membandingkan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara murid-murid lelaki dan perempuan serta membandingkan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian. Responden kajian ini terdiri daripada 105 orang murid SK, SJKC dan SJKT di sekitar daerah Segamat, Johor dipilih untuk menjawab ujian-tersebut. Kajian ini memfokuskan pada tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis serta perbezaan tahap penguasaan kemahiran literasi den.....

105 hits

Filter
thesis ... (1)
article ... (9)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Chew +Moi +Fong




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.