UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

11 record(s) found

1
Abstract
Reading comprehension is one of the important elements in reading skills. Through reading comprehension, students will be able to know the meaning and gain the main information from the reading materials. An effective reading strategy will be a better way to help students understand more about reading. Meanwhile, internet technology is widely used in the education field to promote learning that occurs in the flipped model. This study presents a practical teaching strategy to integrate the SQ3R reading strategy with the help of technology under a new teaching model. Literature reviews on reading comprehension, SQ3R strategy and flipped classroom model are also presented in this paper. This study will employ quantitative approach using surveys technique. Total of 118 year four students from three different primary school in Klang district will be involved in this survey research. A questionnaire and structured interview will be carried out to examine the students’ perception toward th.....
Article Published 2020 2616 hits Available
2
Abstract
Sentimen perpaduan di negara berbilang kaum seperti di Malaysia seringkali menjadi isu yang perlu diambil berat. Dalam konteks negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, budaya dan agama, integrasi kaum dijadikan elemen penting dan tonggak asas dalam kestabilan negara. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana pelaksanaan pendidikan sastera menerusi teks Komsas mampu memupuk perpaduan pelajar sekolah menengah bawah di Merlimau, Melaka. Teori Weiner (1965) diaplikasikan dalam kajian ini untuk menilai pelaksanaan pendidikan teks Komsas tersebut. Soal selidik digunakan instrumen kajian untuk mengutip data daripada 103 orang pelajar Tingkatan Dua yang mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi kaum dan pendapatan keluarga/SES. Dapatan kajian secara analisis deskriptif memperlihatkan bahawa buku teks Komsas tidak menggambarkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia. Walaupun guru bersungguh-sungguh menarik minat pelajar, namun para pelajar masih tidak berminat dalam pembel.....
Article Published 2019 2841 hits Available
3
Abstract
Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai perlu digunakan bagi mencungkil potensi dan menarik minat kanak-kanak. Kaedah bermain dikenal pasti sebagai salah satu pendekatan PdP yang berkesan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Bahasa Melayu murid prasekolah, dan menganalisis hubungan antara sikap dan motivasi guru dengan pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Bahasa Melayu murid prasekolah. Kajian ini melibatkan 66 orang guru prasekolah di Kuala Lumpur dengan menggunakan persampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen dalam pengumpulan data kajian.  Dapatan kajian menunjukkan sikap dan motivasi guru terhadap pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Bahasa Melayu murid prasekolah berada pada tahap tinggi. Dapatan ini juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dan motivasi guru dengan pelaksanaan pendekatan bermain dalam PdP Bahasa Melayu murid prasekolah. Kajian ini d.....
Article Published 2020 3179 hits Available
4
Abstract
The use of realia as an additional teaching material incorporated in the language classroom has long been documented. It is used in classroom instruction to enhance students’ real-life experiences. However, there often exists a gap between the content taught in the classroom and its association with the real-life given the dynamic and complexity of each discipline that could restrict demonstration of real-life examples in the class. Although realia are easily obtainable, not all classrooms are supposed to employ additional materials as such due to the stipulated syllabus or content appropriateness. Various types of educational and illustrative realia like virtual realia, magazines, pictures, and songs are employed in the classroom practices and they are proven effective and yielded encouraging implications. Given the importance and longstanding usage of realia in classroom practices, this review aimed to review the types, implications, and limitations of realia in the recent educatio.....
Article Published 2021 1094 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesedaran metakognisi dan pencapaian akademik murid sekolah menengah luar bandar. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara elemen-elemen kesedaran metakognisi dengan pencapaian akademik murid sekolah menengah luar bandar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan dan melibatkan seramai 210 orang murid Tingkatan Empat dari empat buah sekolah menengah luar bandar di daerah Daro, Sarawak yang telah dipilih secara rawak berstrata. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Inventori Kesedaran Metakognisi (MAI) yang dibangunkan oleh Schraw dan Dennison pada tahun 1994 yang terdiri daripada 52 item untuk mengkaji elemen-elemen metakognisi iaitu pengetahuan deklaratif, pengetahuan prosedural, pengetahuan kondisional, perancangan, strategi pengurusan maklumat, pemantauan kefahaman, strategi debugging dan penilaian. Pencapaian akademik murid sekolah menengah luar bandar diukur mengg.....
Thesis Published 2021 1642 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan teknik SQ3R terhadap kefahaman membaca Bahasa Cina dan juga meninjau persepsi murid terhadap penggunaan teknik SQ3R. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen. Kajian ini melibatkan sampel seramai 68 orang murid Tahun Tiga dari sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Tangkak. Sampel merupakan murid dari dua buah kelas yang terbahagi kepada kumpulan eksperimen dengan pendedahan teknik SQ3R dan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah pengajaran konvensional. Data kuantitatif dikutip melalui praujian dan pascaujian Ujian Pemahaman Bacaan serta soal selidik. Ujian-t digunakan untuk menganalisis data dan menguji hipotesis yang dibina. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian pascaujian kefahaman membaca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan (M=73.18, SP=14.988) dan kumpulan kawalan (M=63.21, SP=17.952) dengan t(66)=2.486, p..
Article Published 2021 1764 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan teknik SQ3R terhadap pencapaian kefahaman membaca Bahasa Cina tahun tiga. Kajian ini juga mengkaji tahap penguasaan kefahaman membaca mengikut kategori literal, inferens dan kritikal serta mengenal pasti tahap penerimaan murid terhadap teknik SQ3R. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen. Pemilihan sampel kajian dilakukan dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan yang melibatkan jumlah seramai 68 orang murid tahun tiga dari dua buah kelas di sebuah sekolah rendah daerah Tangkak. Sampel kajian terdiri daripada 34 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 34 orang murid dalam kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pemahaman Bertulis (UPB) dan soal selidik tahap penerimaan terhadap teknik SQ3R. Data kuantitatif dikutip dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif seperti taburan frekuensi, peratusan, min dan sisihan p.....
Thesis Published 2022 2186 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kemahiran menulis bahasa Melayu. Sampel kajian ini terdiri daripada 144 orang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah pilihan di Kota Marudu, Sabah dengan menggunakan teknik persampelan selesa. Data dipungut melalui borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan SPSS. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan para pelajar terhadap penggunaan KBAT dalam kemahiran menulis Bahasa Melayu adalah tinggi. Ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT dalam kemahiran menulis mengikut jantina. Implikasi kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan memberi maklumat kepada guru-guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.  ..
Article Published 2021 2374 hits Available
9
Abstract
Kajian ilmiah ini berfokus kepada empat objektif kajian iaitu menganalisis elemen tanggungjawab Immanuel Kant, mentafsir ajaran tanggungjawab dalam agama Kristian, membandingkan elemen tanggungjawab Immanuel Kant dan agama Kristian serta merumuskan sejauh mana Immanuel Kant dikatakan bersifat sekularisme dalam menghujahkan konsep tanggungjawab. Dengan ini, pendekatan kualitatif yang berpaksikan kaedah perbandingan menjadi tunjang metodologi kajian. Hasil kajian mendapati bahawa elemen tanggungjawab Immanuel Kant iaitu pengetahuan, kehendak, kebebasan, dan perbuatan menampakkan persamaan yang ketara dengan apa yang diajar dalam agama Kristian. Apa yang membezakan pandangan Immanuel Kant dengan agama Kristian ialah elemen tanggungjawab Immanuel Kant adalah berpusatkan tiga prinsip Kategorikal Imperatif iaitu kesejagatan, kemanusiaan dan kesatuan. Manakala tanggungjawab dalam agama Kristian pula adalah berpaksikan keimanan kepada Triniti iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh K.....
Thesis Published 2022 1670 hits Available
10
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai Modul Bacaan Awal Menggunakan Kaedah Fonik Bahasa Melayu di Prasekolah Aliran Cina. Modul merangkumi kemahiran menyebut dan membunyikan huruf, membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan suku kata terbuka dan tertutup. Pembangunan dan penilaian modul dalam kajian berlandaskan lima fasa Model ADDIE dinilai oleh tujuh orang pakar dengan soal selidik Likert empat mata. Fasa Analisis Keperluan merangkumi matlamat pengajaran, murid dan perkembangan pembelajaran. Fasa Reka Bentuk menentukan teori pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu dengan kaedah yang mudah difahami mengikut perkembangan pembelajaran murid. Fasa Pembangunan berkemahiran membaca Bahasa Melayu yang khusus, objektif jelas, aktiviti yang bersesuaian dan pentaksiran tahap penguasaan yang boleh dicapai. Fasa Pelaksanaan terdiri daripada kesesuaian modul, kesesuaian aktiviti dan kesesuaian peruntukan masa. Fasa Penilaian untuk m.....
Thesis Published 2022 8406 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.