AbstractKajian kes ini bertujuan mengkaji pengaruh media sosial terhadap kesalahan
tatabahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima daripada perspektif
guru. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengaruh media
sosial berdasarkan kesalahan tatabahasa dalam penulisan serta mengenal pasti cara guru
mengatasi kesalahan berkenaan. Seramai 35 orang responden terdiri daripada guru Bahasa
Melayu dalam daerah Kuala Pilah telah dipilih secara persampelan bertujuan berdasarkan
ciri-ciri tertentu. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mengenal
pasti skor min persepsi guru mengenai pengaruh media sosial terhadap kesalahan
tatabahasa dalam penulisan karangan murid tahun lima. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
guru be.....