|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 5 |
| Simplified search suggestions : Farra Humairah Mohd |
| 1 | 2016 Article | Pemikiran kerohanian dalam cerpen kanak-kanak pilihan mutakhir dan kesan positif kepada kanak-kanak Mohd Farra Humairah, Nik Muhamad Affendi Nik Rafidah, Kertas kerja ini membicarakan tentang pemikiran kerohanian yang terdapat dalam cerpen kanak-kanak mutakhir terpilih. Cerpen kanak-kanak masa kini, telah mencetuskan ketidakpuasan hati para Panel Penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akibat kemerosotan mutu penghasilan cerpen kanak-kanak. Selain itu, ada juga sesetengah individu beranggapan bahawa cerpen kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera kanak-kanak serta psikologi kanak-kanak. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Justeru, kajian ini akan mengenal pasti dan menganalisis pemikiran kerohanian yang diungkapkan oleh pengarang dalam setiap karya yang dihasilkan mampu memberi kesan positif kepada kanak-kanak ataupun sebaliknya. Persoalannya adakah kumpulan cerpen kanak-kanak ini tidak memaparkan teladan yang baik kepada khalayak pembacanya dan benarkah pengarang menulis tanpa memasukkan psikologi kanak-kanak dan tidak memen..... 4269 hits |
| 2 | 2019 Article | Falsafah, bahasa dan pemikiran Melayu dalam lirik lagu Bangau Oh Bangau dan Burung Kenek-Kenek Farra Humairah Mohd Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam karya-karya Sastera Melayu. Pemikiran dalam lirik lagu tradisional khasnya lirik lagu “Bangau Oh Bangau”dan “Burung Kenek-Kenek”turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetikahasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka. Sehubungan itu kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan falsafah, bahasa dan pemikiran dalam lirik lagu “Bangau Oh Bangau”dan “Burung Kenek-Kenek”dengan menggunakan hipotesis Sapir-Whorf. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Hasil kajian mendapati lirik lagu “Bangau Oh ..... 2501 hits |
| 3 | 2023 Article | The effectively adab of communication in selected childrens short stories [Adab berkomunikasi secara berkesan dalam cerpen kanak-kanak pilihan] Farra Humairah Mohd Today's children's short stories have sparked the dissatisfaction of the Malaysian Prime Literary Prize Evaluation Panel (HSPM) due to the decline in the quality of children's short stories. In this regard, the works whose characters consist of adults continue to be enjoyed by children until they eventually complicate the definition of Childrens Literature. In addition, there are also some individuals who think that these children's short stories are written through the eyes of adult writers and do not meet the concept of children's literature and children's psychology. Therefore, the objective of this study is to identify children's characters who communicate effectively in selected children's short stories and analyze the manners of communication between those characters expressed by the author based on six (6) communication methods in Surah Luqman. The research methodology used is a qualitative method which is a text analysis method. There are 5 selected antology of children's short..... 466 hits |
| 4 | 2018 Thesis | Pemikiran dalam cerpen kanak-kanak pilihan dari tahun 2012 hingga 2015 Farra Humairah Mohd Pemikiran dalam cerpen kanak-kanak bermaksud idea pokok atau gagasan yang diketengahkan
oleh pengarang menerusi koleksi cerita yang berlatarkan dunia kanak kanak sepenuhnya.
Berdasarkan penelitian, pengkaji mendapati cerpen kanak-kanak dari tahun 2012 sehingga 2015
mencetuskan rasa tidak puas hati beberapa panel penilai Hadiah Sastera Perdana Malaysia
(HSPM) kerana dikatakan kemerosotan mutu penghasilan iaitu dari aspek pemikiran. Tambahan
lagi, terdapat juga kritikan daripada para sarjana tempatan yang beranggapan bahawa cerpen
kanak-kanak ini ditulis mengikut kaca mata penulis dewasa dan tidak memenuhi konsep sastera
kanak kanak serta tidak memenuhi keperluan psikologi kanak-kanak. Oleh itu, objektif
kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran berdasarkan konsep 'pemikiran' tokoh
sarjana yang ter..... 3091 hits |
| 5 | 2011 Thesis | Kajian terhadap fungsi cerita binatang melayu-arab dalam pendidikan kesusasteraan awal kanak-kanak Farra Humairah Mohd Sastera kanak-kanak atau dalam bahasa Arabnya Adab al-Atfal merupakan pengucapan indah yang
merangkumi pelbagai bentuk puisi dan prosa sama ada secara lisan mahupun bertulis digubah khusus
untuk kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi terhadap cerita-cerita yang
menarik antaranya cerita binatang. Kajian ilmiah ini bertujuan mengetengahkan cerita binatang
Melayu dan Arab. Kajian ini menggunakan metod analisis tinjauan kesusasteraan, temuramah dengan
pakar sastera kanak-kanak di Terengganu dan pembikin filem animasi tempatan, kaedah pemerhatian
di Sekolah Tadika Yayasan Islam Cawangan Chendering, Kuala Terengganu dan perbandingan antara
cerita binatang Melayu dan Arab. Fokus kajian ini lebih menjurus kepada fungsi cerita binatang
Melayu-Arab, keberkesanan fungsi cerita binatang Melayu-Arab dalam memberikan manfaat atau
kesan positif kepada proses pembelajaran dan pengajaran kanak-kanak dan interpretasi simbo..... 11 hits |