AbstractPemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam karya-karya Sastera Melayu. Pemikiran dalam lirik lagu tradisional khasnya lirik lagu “Bangau Oh Bangau”dan “Burung Kenek-Kenek”turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetikahasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada di sekeliling mereka. Sehubungan itu kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan falsafah, bahasa dan pemikiran dalam lirik lagu “Bangau Oh Bangau”dan “Burung Kenek-Kenek”dengan menggunakan hipotesis Sapir-Whorf. Dalam kajian ini kaedah yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu kaedah analisis teks. Hasil kajian mendapati lirik lagu “Bangau Oh .....