|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Fatin Nur Dania Shaimi |
| 1 | 2024 Thesis | Pembangunan dan keberkesanan Kit Transiso bagi topik Transformasi Isometri terhadap pencapaian dan minat murid Tingkatan Dua Fatin Nur Dania Shaimi Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
dikenali sebagai Kit Transiso untuk topik Transformasi Isometri bagi murid Tingkatan
Dua dengan menggunakan model ADDIE. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur
keberkesanan Kit Transiso terhadap pencapaian dan minat murid Tingkatan Dua dalam
topik tersebut. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi-eksperimen telah
digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian terdiri daripada 60 orang murid
yang terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu 30 orang murid bagi kumpulan kawalan dan
30 orang murid bagi kumpulan rawatan. Empat jenis instrumen telah digunakan, iaitu
(a) Soal Selidik Analisis Keperluan, (b) Soal Selidik Kesahan, (c) Soalan Ujian Pra dan
Pasca, dan (d) Soal Selidik Minat. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan analisis
deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan keperluan pembinaan Kit
Transiso manakala statistik inferensi pula melibatkan ujian-t. Dapatan kajia..... 334 hits |