AbstractPerspektif masyarakat Iban terhadap kewujudan artifak budaya nenek moyang mereka dan kepentingannya dengan keperluan hidup mereka kini telah berubah. Penggunaan artifak budaya terhadap amalan hidup mereka dari segi adat dan budaya Iban lama sudah dianggap tidak relevan, lalu diketepikan dan digantikan dengan budaya baharu atau mengadaptasi budaya komtemporari yang dianggap lebih mendatangkan kebaikan dan keharmonian dalam kualiti kehidupan mereka. Oleh itu, kajian ini adalah untuk memahami, meneliti dan merungkai perubahan artifak budaya Iban dalam budaya masyarakatnya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu exploratory research dan pendekatan model Lewin’s (1947) bagi melihat perubahan dalam kelompok manusia. Hasil penyelidikan mendapati bahawa perubahan dan kemunduran artifak budaya Iban adalah bersangkut pahut dengan pelbagai faktor, namun yang paling dominan dalam mempengaruhi perubahan ini adalah faktor globalisasi dan tuntutan agama baharu. Satu langkah yang jitu perlu.....