AbstractMahasiswa merupakan individu yang terdedah dengan gangguan psikologikal. Dalam
mendapatkan bantuan psikologikal, stigma kendiri dan sikap mahasiswa menjadi
penghalang untuk mereka mendapatkan bantuan tersebut. Oleh hal yang demikian,
pengkaji bersetuju untuk menjalankan sebuah kajian yang bertajuk Hubungan Antara
Stigma Kendiri Dan Sikap Mahasiswa Untuk Mendapatkan Bantuan Psikologikal Di
Sebuah Universiti. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap stigma dan
sikap mahasiswa untuk mendapatkan bantuan psikologikal. Perbezaan stigma kendiri
dan sikap mahasiswa untuk mendapatkan bantuan psikologikal berdasarkan program
pengajian dan jantina turut diteliti. Pengkaji turut mengenalpasti hubungan antara
kedua-dua pembolehubah tersebut melalui kajian kuantitatif dengan menggunakan
rekabentuk kajian tinjauan. Seramai 240 orang responden daripada empat program
pengajian telah dipilih. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai stigma
kendiri dan sikap untuk mendapatkan .....