UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Haryati Hasan
12014
article
Isu-isu wanita dalam Manuskrip Melayu abad ke-15 hingga abad ke-18
Hasan Haryati,
Sejarah kerajaan Melayu seperti yang tercatat dalam historiografi traditional terdapat bukti yang menunjukkan peranan wanita sebagai penyelamat atau penyebab berlakunya suasana politik yang tidak stabil. Di sebalik institusi Di Raja Malaysia, wanita turut berperanan penting, bukan sekadar di sebalik tabir, bahkan sejarah membuktikan ada kalangan wanita yang menjadi peneraju dan tunjang negara. Mereka bukan sahaja berdiri di sisi lelaki yang bergelar suami atau raja, tetapi mereka juga mampu berdiri sebagai raja atau sultan. Di Kelantan, Cik Siti Wan Kembang menjadi "ikon" wanita yang berperanan sebagai pemerintah. Puteri Sa'dong tidak kurang pentingnya dalam mempertahankan keutuhan dan kedaulatan Institusi Di Raja Kelantan. Dalam Kesultanan Melayu Melaka, muncul beberapa orang wanita yang berperanan penting, antaranya Tun Kudu, Tun Teja dan Tun Fatimah. Mereka berperanan mendamaikan persengketaan di antara dua pihak yang bertelagah dan menyatukan komponen politik serta turut mempengaru.....

586 hits

22014
article
Kegiatan ekonomi di Kelantan, 1950-an hingga 1970-an
Hasan Haryati,
Artikel ini membincangkan kegiatan ekonomi Kelantan pada tempoh 1950-an hingga 1970-an. Pertanian sara diri merupakan kegiatan ekonomi utama di Kelantan pada sebelum tahun 1950. Ciri-ciri perpetanian dan pedesaan ini kekal sehinggalah menjelang pasta kemerdekaan. Keadaan ini memberikan keunikannya tersendiri kepada negeri tersebut khususnya dalam mempengaruhi sosiobudaya masyarakatnya. Selepas tahun 1950 keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Melayu Kelantan rata-rata tinggal di kawasan luar bandar dengan pertanian masih merupakan mata pencarian yang utama. Hanya sebilangan kecil yang menetap di bandar dan melibatkan diri dalam lapangan perniagaan, perburuhan dan menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Ekonomi secukup hidup ini sedikit sebanyak telah merencatkan usaha kerajaan membangunkan negeri tersebut. Kadar penghijrahan yang tinggi dan kemiskinan dalam kalangan rakyatnya menggambarkan realiti dan situasi sebenar keadaan ekonomi Kelantan pada tempoh tersebut...

632 hits

32022
article
Analisis laporan MAIK mengenai ajaran sesat dan murtad sebelum perang dunia kedua
Haryati Hasan
Berdasarkan analisis terhadap laporan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada sebelum Perang Dunia Kedua terdapat pelbagai masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat Kelantan seperti masalah pelacuran, khalwat dan bersekedudukan, rogol, ajaran sesat dan murtad. Perbincangan artikel ini memfokuskan kepada bentuk ajaran sesat iaitu ajaran yang menyimpang daripada sudut akidah, syariat atau ibadat, rukun Islam dan syariat tetapi bukan rukun Iman serta kombinasi akidah dan syariat. Selain itu, artikel ini membincangkan mengenai latar belakang penyebar ajaran sesat seperti jantina, bangsa dan faktor tarikan individu berkenaan. Seterusnya, artikel ini juga mencerakinkan pelbagai faktor berlakunya masalah murtad dalam kalangan segelintir masyarakat Melayu Islam Kelantan. Antara faktor yang dikenal pasti ialah kurang kefahaman terhadap agama Islam, percintaan dan perkahwinan dengan pasangan yang bukan beragama Islam. Dapatan kajian menunjukkan penyebar ajaran ses.....

172 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.