AbstractPengaruh cuaca adalah salah satu faktor yang mengganggu penyiapan kerja-kerja pembinaan di tapak bina. Kesukaran dalam meramal cuaca boleh memberi kesan kepada projek binaan dan rangka kerja penjadualan projek serta menyebabkan penyiapan kerja menjadi lambat. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor cuaca yang mempengaruhi penyiapan kerja-kerja pembinaan dan kesan perubahan cuaca kepada penyiapan kerja-kerja pembinaan serta mengkaji tindakan yang boleh diambil bagi mengurangkan risiko pengaruh cuaca terhadap penyiapan kerja-kerja pembinaan di tapak bina. Skop kajian menumpukan kepada pengurus projek, penyelia tapak, dan jurutera di kawasan Kuala Lumpur. Data dikumpul melalui sesi temubual bersama dua orang pengurus projek, dua orang penyelia tapak dan dua orang jurutera yang terlibat dalam projek pembinaan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa hujan adalah cuaca yang paling mempeng.....