UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Hasanah Adon |
1 | 2021 article | Penguasaan morfologi pelajar Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu tahap 2 di Daerah Asajaya Hasanah Adon Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengklasifikasikan kesalahan bahasa dari aspek bentuk kata. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Cina Tahap 2 di enam buah sekolah SJKC di Daerah Asajaya. Data kajian terdiri dari Kertas Ujian PraUPSR AR2 Bahasa Melayu dianalisis menggunakan Teori Analisis Kesalahan Bahasa oleh Corder (1981). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis teks. Secara keseluruhan, memang terdapat masalah penguasaan morfologi oleh pelajar Cina Tahap 2 mengikut jenis bentuk kata merangkumi kesalahan bentuk kata selapis 45.24 %, kata terbitan 40.48%, kata ganda 9.52% dan kata majmuk 4.76%. Dapatan menunjukkan penguasaan morfologi pelajar Cina masih pada tahap kurang memuaskan. Kajian ini amat penting agar setiap warganegara dapat menguasai dan fasih berbahasa Melayu serta mempunyai kesedaran untuk melazimi bahasa Melayu sebagai resam utama kehidupan... 306 hits |