AbstractSalah satu daripada matlamat reka bentuk pinggan hidangan seramik yang berkualiti adalah untuk melengkapkan domain maklumat ke dalam reka bentuk yang boleh digunakan. Ia akan terhasil apabila reka bentuk tersebut memenuhi keperluan pengguna. Meneroka keperluan pasaran baru dan kajian tentang keutamaan pasaran adalah penting dalam menemui pasaran sasaran. Berdasarkan kajian pasaran sebelum ini, industri perhotelan di Malaysia nampaknya mempunyai potensi besar untuk diterokai. Hotel merupakan salah satu pemain utama dalam seni dan industri kreatif. Bagi hotel yang mempunyai speciality restaurant, menu yang dihidangkan mempunyai eleman moden dan haute cuisine, pemilihan pinggan hidangan seramik untuk dihidangkan bersama menu perlu mempunyai eleman yang bersesuaian dengan menu yang dihasilkan. Dengan gaya kemewahan, objek karya seni seperti seramik digunakan sebagai medium komunikasi estetika dalam mendorong kehadiran pengunjung menginap di hotel mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untu.....