AbstractPenyelidikan arkeologi di Pengkalan Bujang, Kedah pada awalnya telah dijalankan secara sistematik oleh Quaritch- Wales sejak tahun 1936 hingga 1937 lagi di bawah tajaan Greater India Research Committee yang berpusat di Calcutta, India. Antara tapak yang telah diekskavasi oleh Quaritch-Wales ialah Tapak 18, Tapak 19, Tapak 21, Tapak 22 dan Tapak 23. Beberapa jumpaan penting telah berjaya ditemui semasa ekskavasi yang dijalankan oleh Quaritch-Wales yang mana antaranya ialah arca agama, serpihan seramik, relikuari dan pelbagai artifak yang lain. Alastair Lamb juga telah menjalankan penyelidikan beliau di Pengkalan Bujang di mana beliau lebih memberi fokus kepada jumpaan kaca dan pelbagai jenis manik di Pengkalan Bujang. Antara pendapat beliau ialah kaca yang banyak ditemui di Pengkalan Bujang, Kedah berasal dari Timur Tengah dan berkemungkinan juga kaca ini merupakan kaca yang diguna semula untuk menghasilkan manik kaca monokrom. Leong Sau Heng pada tahun 1973 telah menyiapkan tesis sarja.....