UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

12 record(s) found

Simplified search suggestions : Ibrahim Ahmad
1
Abstract
Senibina landskap Melayu telah lama bertapak dan berkembang dalam negara ini tetap tidak ketahui akan kehadirannya dalam kehidupan masyarakat k’ta. Adat dan budaya dalam masyarakat Melayu itu sendiri merupakan agen dalam mengetengahkan senibina landskap Melayu. Ini dapat dilihat dengan amalan penggunaan tumbuhan-tumbuhan dalam kehidupan harian, upacara dan majlis tradisi yang diadakan dalam masyarakat Melayu. Landskap tradisi Melayu secara amnya menekankan fungsi dan peranan berbanding dengan unsur estetikanya. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaannya terhadap kehidupan harian iaitu seperti contohnya sumber makanan, pelindung, penedub. perubatan, pagar dan keperluan adat serta budaya. Fungsi yang di maksudkan ini adalah berdasarkan kepada kehidupan Melayu sebenamya. Fungsi ini terbahagi kepada dua iaitu secara fizikal dan rohani (spiritual)...
Conference Item Published 2003 2180 hits Available
2
Abstract
Pengajaran bahasa kepada sesiapa sahaja, sama ada murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah atau pelajar institusi pengajian tinggi, penutur jati atau bukan penutur jati dilaksanakan untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu untuk membolehkan mereka menguasai bahasa tersebut dan dapat menggunakannya secara berkesan dalam komunikasi harian, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Ini bertepatan dengan fungsi bahasa itu sendiri. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang mempelajari bahasa untuk tujuan lain selain untuk melakukan perhubungan, sama ada secara antar muka atau pun sebaliknya. Cuma yang berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terletak pada pendekatan, perkaedahan dan teknik pengajaran sahaja. Unsur pedagogi penting kerana tahap kebolehan penguasaan bahasa antara setiap individu pada setiap peringkat amat berbeza...
Article Published 1981 1351 hits Available
3
Abstract
Gaya pembelajaran merupakan antara faktor penting yang menentukan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan gaya pembelajaran di kalangan pelajar kursus Tamadun Islam TITAS 1, perbezaan gaya dan strategi pembelajaran mengikut pencapaian akademik. Tiga gaya pembelajaran yang dikaji ialah motivasi, mendalam dan mendatar. Kajian menggunakan kaedah tinjauan semasa dan sampelnya terdiri daripada 400 pelajar semester dua di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Data dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS untuk menentukan korelasi intra dan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik serta ujian-t untuk melihat perbezaan gaya pembelajaran dan strategi pembelajaran mengikut pencapaian akademik. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa walaupun wujud hubungan positif antara ketiga-tiga gaya pembelajaran, hubungan antara gaya motivasi dan mendalam adalah lebih kuat dengan pencapaian TITAS 1. Aras motivasi mempunyai pengaruh ke atas p.....
Book Section Published 2006 4246 hits Available
4
Abstract
Kajian yang menggunakan pendekatan deskriptif perbandingan ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan pengendalian kata ganda antara KD dengan KBBL Kajian secara interteks ini memilih KD dan KBBI atas dasar peranannya sebagai sebuah kamus ekabahasa berwibawa yang menjadi pegangan dan rujukan utama dari aspek kebahasaan dan kosa kata. Kajian ini memberi fokus kepada dua aspek penting iaitu status masukan dan pemerian makna. Status masukan meliputi taraf kata ganda dalam karnus sarna ada bersifat lema, prakategori, sublema, rangkai kata, variasi,polisemi, dan rujuk silang. Ini termasuklah pola setara dan tidak setara yang wujud dalam kata dan terbitan kata yang mengalami penggandaan serta pengertian longgar tentang status kata ganda yang dikacaukan sebagai gabungan kata atau kata majmuk dalam kamus. Pemerian makna pula mencakup butir-butir semantik yang melatari kata ganda tersebut sama ada membawa makna leksikal atau makna nahuan. Aspek pemerian makna ini menampilkan bebe.....
Thesis Published 2015 1216 hits Available
7
Abstract
Dalam konteks perkembangan novel Melayu selama hampir lapan dekad itu, memang tidak dinafikan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh pengarang-pengarang novel yang berasal dari negerinegen dalam Malaysia. Ini termasuklah pengarang-pengarang novel yang berasal daripada negeri Pahang Darul Makmur seperti Ahmad Kotot, Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ibrahim Omar, Arman Sani dan Rahman Yusoff. Walaupun dari segi kuantitinya ternyata keeil berbanding dengan jumlah keseluruhan pengarang-pengarang novel dalam kesusasteraan Melayu yang berkarya antara tahun-tahun 1920- an hingga 2000 itu. Namun, sumbangan dan peranan yang mereka berikan dalam genre tersebut memang tidak boleh dipandang kecil, Dalam konteks ini suatu hal yang menarik ialah penglibatan mereka itu ada yang bermula sejak genre novel ini muneul dalam kesusasteraan Melayu pada tahun-tahun 1920an - 1930an. Pengarang yang dimaksudkan ialah Ahmad Kotot yang telah menghasilkan novel Hikayat Percintaan Kasih Kemudahan (1927). Kemudian.....
Conference Item Published 2001 2152 hits Available
8
Abstract
DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan. Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training C.....
Conference Item Published 2001 3430 hits Available
9
Abstract
Ahmad,  KB.  (2002) An Overview of Architecture Education  in the Contemporary  Muslim World.  In:  Petruccioli, A  & Pirani,  KK,   2002. Understanding  Islamic Architecture,  Oxon: RutledgeCurzon,  pp. 129-132.   Akib,   M.S.,Yaacob,   A,Jusoh,W.J.And   Ibrahim,S .(2000)  Muzium-muzium   di   Kelantan.  Malaysia. Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.   Andaya,  L.Y.(2001)  The  Search  for  the  ' Origins '  of  Melayu.  Journal  of  Southeast  Asian  Studiest, 32(3), 315-330   Antrop,  M.  (2004)    Rural-urban  Conflicts  and  Opportunities.    The  Dimensions  of  the  European Landscape, 83-91   Antrop,  M.  (2005)  Why  landscapes  of  the  past  are  important  for  the  future.  Landscape  Urban Planning. 70 (l-2), 21-34   Ardalan,  N.(2002)  "Simultaneous  Perplexi ty":  The  Paradise  Garden  as  the  Quintessential  Visual  Paradigm  of Islamic  Architecture  and  Beyond .  I.....
Thesis Published 2016 6113 hits Available
10
Abstract
Nama-nama seperti Sahmad Malaya, Baharuddin Zakaria, Yassin Salleh, Arisel BA (Subari Ahmad), Maznan Nordin, M.Z Alias dan Aripin Said sudah tidak asing lagi dalam peta perpuisian Melayu moden di negeri Pahang dan negara amnya. Nama Sahmad Malaya sudah muncul sejak tahun 1950 dan terus terkenal hingga tahun 1970an, kemudian tenggelam timbul dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an. Manakala M.Z. Alias Baharuddin Zakaria, Arisel BA dan Aripin Said pula menghiasi era 1970an, 80an dan 1990an. Dalam tahun 1980an, 90an hingga kini, Pahang sudah melahirkan tidak kurang dari sepuluh penyair baru yang berjaya mencapai tahap kematangan seperti Marsli N.O, Yazid Idris, Nazri Sham, Maimunah Ali, Ami Masra, Maimunah Manan dan ramai lagi. Tidak kurang pula penulis-penulis muda yang giat menulis seperti Sharulnizam Talib, Khairul Bariah Arup, Abdul Mutalib Ghani, Nor Arifin Ibrahim,Nor Afliza Arshad,Hasejati, Ramli Yahya dan Iain-lainnya...
Conference Item Published 2001 3090 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.