AbstractPerkembangan awal penggunaan teknologi dalam pendidikan kebanyakannya berasaskan kepada anjuran daripada Teori Pembelajaran Behaviorisme dan Kognitivisme, di mana teknologi digunakan untuk mengajar, seolah-olah ia menggantikan tempat guru. Ini bermakna pengetahuan terletak di dalam teknologi dan teknologi mempersembahkan pengetahuan kepada murid. Peranan murid adalah untuk belajar pengetahuan yang dipersembahkan oleh teknologi, sebagaimana mereka mempelajari pengetahuan yang diberikan oleh guru. Aliran Konstruktivisme pula berpendapat penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran harus berubah dari peranan tradisional teknologi sebagai guru kepada teknologi sebagai rakan di dalam proses pembelajaran. Pelajar harus belajar dengan teknologi, bukannya belajar dari teknologi. Teknologi harus menjadi rakan intelektual pelajar. Dalam kajian ini satu model pengajaran dan pembelajaran berasaskan pandangan Konstruktivisme dibangunkan, iaitu dinamakan Model Pengajaran dan Pembelajaran d.....