AbstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji kemahiran komunikasi melalui aktiviti Circle time yang diamalkan di sebuah TADIKA swasta di negeri Selangor. Pendekatan kajian adalah kualitatif yang berbentuk kajian kes. Peserta kajian melibatkan dua orang kanak-kanak lelaki yang berusia 5 tahun, bersama ibu mereka dan guru kelas lima tahun. Kaedah kajian yang telah dilaksanakan ialah pemerhatian dan temu bual separa berstruktur. Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis tematik untuk menganalisa dapatan kajian dan beberapa tema yang muncul ialah aktiviti interaktif dan aktiviti yang berpusatkan kanak-kanak. Aktiviti interaktif seperti bercerita, bermain, dan bersoal jawab merupakan aktiviti interaktif yang guru laksanakan setiap pagi. Manakala aktiviti yang berpusatkan kanak-kanak seperti bersoal jawab dan aktiviti bermain adalah penting dalam meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak. Implikasi daripada kajian ini adalah guru, ibu bapa dan TADIKA boleh melaksanakan aktiviti Circle time denga.....