AbstractKajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis akan realiti kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang serta menghuraikan unsur ekstrinsik dalam pemaparan realiti kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang dalam novel-novel Tamil Malaysia. Kajian ini ialah sebuah kajian kepustakaan yang menerapkan analisis teks dan deskriptif untuk menganalisis tujuh buah novel Tamil Malaysia, iaitu Cemmaṇṇum Nīla Malarkaļum, Tuyara Pātai, Ilaţciyap Payaṇam, Maṇpulukkaļ, Noiva Pūkkaļ, Nakarntu Koṇţirukum Vācalkaļ dan Selancar Empat. Perbincangan dibuat berpandukan lima aspek kedudukan sosioekonomi iaitu pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur. Kelima-lima aspek ini dianalisis dengan menggunakan teori realisme berdasarkan unsur intrinsik watak dan latar. Unsur ekstrinsik pula dibincangkan berdasarkan unsur biografi pengarang, masyarakat di persekitaran pengarang dan pemikiran pengaran.....