AbstractKajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap pembelajaran profesional dan tahap
komitmen guru sekolah, perbezaan tahap pembelajaran profesional guru dan tahap komitmen
guru berdasarkan faktor demografi, hubungan di antara pembelajaran profesional guru dengan
komitmen guru dan dimensi pembelajaran profesional guru yang dominan dalam mempengaruhi komitmen
guru. Kajian kuantitatif berdasarkan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal
selidik dilaksanakan dalam kalangan 506 orang guru di 20 buah sekolah menengah kebangsaan di
Pulau Pinang. Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis min, sisihan
piawai, peratusan dan kekerapan, manakala kaedah statistik inferens digunakan untuk
menganalisis ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai. Dapatan
kajian men.....