UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Izzal Khairi Ramli
12021
article
Fenomena viral media sosial sebagai eksposisi tema dalam pendekatan karya seni catan
Izzal Khairi Ramli
Kajian ini bertujuan untuk menterjemah identifikasi fenomena viral media sosial sebagai eksposisi tema dalam pendekatan karya seni catan. Isu penularan fenomena sosial ini senantiasa menjadi polemik dan topik perbahasan di kalangan masyarakat umum lantaran kesan dari sifat popular, sensasi atau kontroversi yang wujud. Refleksi dari perihal ini diolah semula melalui interpretasi konsep subjek, objek dan tema menerusi anatomi isu karya seni catan. Reka bentuk penyelidikan adalah berasaskan praktis seni menerusi metodologi kajian studio seni halus yang melibatkan tiga kriteria asas iaitu hujahan utama, konteks dan karya seni. Data kajian dianalisis dengan mengunakan teori studio praktis oleh Sullivan melalui aktiviti refleksi, kontekstual dan reflektif menerusi tinjauan pendekatan konteks isu, komponen isu dan interpretasi isu. Dapatan kajian menunjukkan lima aspek yang dikemukakan menerusi pilihan eksposisi tema merangkumi viral atas nilai kandungan, format dan bentuk, petikan kata dan u.....

420 hits

22023
thesis
Metafora visual representasi fenomena viral dalam konteks figura awam menerusi karya seni catan
Izzal Khairi Ramli
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik norma sosiobudaya masyarakat menerusi konsep fenomena viral melalui platform media sosial. Penyelidikan ini menginterpretasikan semula dimensi dan elemen viral, simbol profil dan profesion individu terhadap prinsip fenomena sosial internet berlandaskan polemik isu semasa. Metodologi kajian yang digunakan adalah menerusi tiga pendekatan penyelidikan praktis studio iaitu kaedah refleksi kritis kendiri, eksperimentasi studio dan tinjauan kontekstual. Kajian ini membabitkan tiga fasa penyelidikan studio di mana setiap satunya mempunyai sebanyak lima buah karya catan yang telah dihasilkan. Kaedah pendekatan karya dijalankan dengan mengadaptasi perihal sifat kandungan viral berasaskan petikan teks, video, imej, gambar yang tular di media sosial. Aktiviti ini diolah semula dalam konteks eksposisi metafora visual menerusi perkaitan subjek, objek, figura, figuratif, bentuk dan makna secara tersurat atau tersirat. Dapatan kajian menemukan tiga kom.....

279 hits

32022
article
Analisis naratif terhadap isu dan tema dalam karya Ruzzeki Harris
Izzal Khairi Ramli
Kajian ini bertujuan untuk menterjemah suatu justifikasi penyelidikan berlandaskan isu dan trend fenomena sosial internet menerusi amalan praktis bidang seni halus. Isu fenomena sosial internet mutakhir ini senantiasa topik perbahasan dan menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat umum. Naratif ini menjadi intipati tema kepada pelukis catan kontemporari Malaysia iaitu Ruzzeki Harris dalam mengadaptasi peristiwa, budaya, sifat popular, sensasi atau subjek serta objek merangkumi figura yang berkait dengan fenomena semasa. Metodologi yang diaplikasikan adalah melalui pendekatan oleh Sandell sebagai suatu alternatif dalam memahami secara pratikal naratif kandungan imejan visual menerusi bentuk, tema dan konteks perciptaan karya seni. Terdapat tiga terma telah digariskan untuk mencipta lapisan makna dari tatabahasa visual merangkumi rupa bentuk (form), tema (theme) dan konteks (context). Data kajian dianalisis menerusi lima buah karya oleh Ruzzeki Harris yang merangkumi tiga buah pameran.....

102 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.