UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

23 record(s) found

1
Abstract
Bandar Ipoh merupakan bandar yang terkenal di Malaysia sebagai bandar yang berkembang hasil perlombongan bijih timah. Perkembangan perbandaran yang unik ini menjadikan Ipoh terkenal dari Tanah Melayu kepada Malaysia. Artikel ini akan meneliti atau menyingkap perkembangan perbandaran di Ipoh dengan memberi perhatian terhadap perkembangan industri dan perbandaran di Ipoh sejak menjadi bandar sumber bijih timah di Lembah Kinta sehingga kini. Perkembangan industri dan perbandaran di Ipoh amat penting kepada manusia pada hari ini kerana bandar ini menjadi pusat tumpuan manusia untuk mendapatkan pelbagai keperluan kehidupan. Perkembangan dan perbandaran seringkan dikaitkan dengan dasar dan perancangan bandar. Antara perkara penting yang diteliti iaitu perkembangan industri bijih timah kepada industri perkilangan dan elektronik serta industri simen. Perkembangan ini membawa pertumbuhan petempatan serta peningkatan penduduk. Kajian ini hanya melibatkan analisis deskriptif dan statistik dari da.....
Article Published 2011 3858 hits Available
2
Abstract
Pelajaran vernakular diperkenalkan oleh kolonial British untuk memberi pengetahuan kepada anak-anak orang Melayu supaya mereka boleh membaca dan memahami arahan. Sekolah-sekolah vernakular yang diperkenalkan hanya bertujuan menyedarkan orang Melayu tentang kebolehan membaca, menulis dan mengira. Tahap pelajarannya hanya di peringkat rendah sahaja. Kemudahan yang ada di sekolah-sekolah yang dibina di kampung-kampung amat kurang dan hanya sebagai memenuhi tanggungjawab sosial kolonial British. Kurikulum yang dilaksanakan juga amat rendah tahap akademiknya. Mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah berkenaan tidak mempunyai hala tuju untuk meningkatkan taraf akademik anak-anak Melayu ke peringkat sekolah menengah kerana pelajaran vernakular berkenaan terhenti di peringkat rendah. Kebanyakan mereka yang tamat belajar hanya layak memegang jawatan paling rendah dalam pentadbiran kerajaan kolonial. Akhirnya, lepasan pendidikan Melayu berkenaan kembali semula kepada pekerjaan asal keluarga .....
Article Published 2012 2513 hits Available
3
Abstract
Kawasan warisan kereta api lama di Perak ialah bekas laluan kereta api antara Taiping-Port Weld (Kuala Sepetang). Laluan ini pernah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri Perak. Kajian ini menggunakan metodologi observasi visual. Di sebabkan kepesatan pembangunan dalam sistem pengangkutan jalan raya maka jalan kereta api ini telah ditutup dan ditinggalkan lebih 30 tahun lalu. Namun aktiviti manusia masih dijalankan di sepanjang laluan tersebut termasuk di beberapa kawasan seperti di bandar Taiping, pekan Aulong, Simpang dan Kuala Sepetang.Aktiviti ini juga telah merubah alam sekitar fizikal menjadi kawasan pertanian kelapa sawit, kawasan perniagaan, kawasan petempatan dan aktiviti perikanan. Kawasan paya bakau hanya tertumpu di kawasan Kuala Sepetang dan beberapa kawasan belukar serta kawasan tanah rendah berpaya yang terdapat antara kawasan Aulong hingga ke Kuala Sepetang. Kawasan warisan ini dihuni oleh manusia secara tetap pada masa kini. Dapatan kajian ini menun.....
Article Published 2014 3418 hits Available
4
Abstract
Artikel ini memaparkan impak ekonomi kaum Bumiputera kesan daripada pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB dilaksanakan sepenuhnya melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bermula pada tahun 1971 ekoran tragedi 13 Mei 1969. DEB dirangka bagi mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara golongan Bumiputera dan bukan Bumiputera. Melalui DEB pihak kerajaan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menyertai lapangan ekonomi secara langsung bagi mewujudkan keseimbangan di antara golongan yang berada dan golongan yang tidak berada. DEB dilancarkan sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh Tun Abdul Razak bagi membina semangat perpaduan antara kaum di negara ini dan meningkatkan ekonomi kaum Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi agar tidak ketinggalan dengan kaum lain...
Article Published 2014 3188 hits Available
5
Abstract
Pendidikan Cina dan Pendidikan India secara beransur-ansur berkembang pada zaman kolonial British di Tanah Melayu seiring dengan berlakunya perkembangan ekonomi. Pertambahan bilangan penduduk Cina dan India di Tanah Melayu menyebabkan aspek pendidikan untuk anak masyarakat Cina dan India sebagai satu keperluan selaras dengan apa yang berlaku di negara asal mereka masing-masing. Kajian penulisan ini dilakukan dengan merujuk dan menggunakan sumber-sumber yang terdapat di jabatan Arkib Negara dan Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Dasar kolonial British terhadap pendidikan Cina dan India adalah tidak seimbang dan pihak kolonial British memberi layanan lebih baik bagi pendidikan India berbanding dengan pendidikan Cina. Pendidikan India berkembang di estet dengan pihak majikan telah diminta oleh kerajaan kolonial British menyediakan kemudahan pendidikan bagi masyarakat India yang tinggal di estet berkenaan. Pendidikan Cina pula berkembang di petempatan masyarakat Cina di banda.....
Article Published 2014 2187 hits Available
6
Abstract
Artikel ini adalah berkaitan perkembangan pendidikan orang Melayu sebelum kemasukan sistem pendidikan sekular yang diperkenalkan oleh kolonial British. Pendidikan orang Melayu sebelum kolonial British adalah sangat kuat terikat dengan corak pendidikan tradisional yang berpegang teguh kepada konsep pendidikan yang berbentuk sosialisasi dan pendidikan keagamaan yang menekankan ajaran Islam. Penghasilan artikel ini adalah untuk melihat perkembangan pendidikan dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu yang terbahagi kepada pendidikan informal, pengajian agama, sekolah pondok dan pengajian madrasah. Kajian ini adalah olahan dan nilaian hasil daripada rujukan sumber dokumen primer dan sekunder dari Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Awam Malaysia. Dapatan hasil kajian ini menunjukkan bahawa orang Melayu mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri dan pendidikan dalam kalangan mereka adalah menjurus kepada pengajian agama Islam yang bersandarkan al-Quran dan Hadis. Secara kese.....
Article Published 2016 3291 hits Available
9
Abstract
Before the Colonial era, agriculture was carried out to fulfill the need of peasant in small communities. Back then, peasant faced many sorts of problems to ensure the sufficiency of yields. British colonialism in Perak in 1874 had built the irrigation system which able to increase the quantity and quality of rice yield through the scheme introduced. The study was conducted using qualitative methods of analyzing the official document, annual record, proceeding and writing on British colonialism in Perak. The finding shows that Krian is one of the areas that has been the focus on irrigation system known as Krian Irrigation System. A large allocation has been spent to complete the construction of the system that is capable to increase the rice yield. Deforestation also undertaken for the construction of Sungai Manik Irrigation System, which eventually developed into a settlement. British administration left the impact on the history of the development of Perak Irrigation System and state.....
Article Published 2019 1220 hits Available
10
Abstract
Kajian  ini  dijalankan  untuk  mengenal  pasti  pengaruh  amalan  kepimpinan  guru terhadap keberhasilan pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Kajian ini adalah kajian kes  yang menggunakan dua jenis instrumen soal selidik iaitu soal selidik kepimpinan guru dan soal  selidik keberhasilan pelajar. Populasi kajian ini terdiri dari 187 pelajar tingkatan enam atas di  daerah Perak Tengah. Berdasarkan jadual saiz sampel Krejcie dan Morgan, jumlah sampel adalah 123  pelajar. Pemilihan sampel kajian menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data kajian dianalisis  secara deskriptif dan inferens. Hasil kajian menunjukkan kepimpinan guru (min= 4.15, sp= 0.47) dan  tahap keberhasilan pelajar (min= 4.07, sp= 0.43) berada pada tahap yang tinggi. Namun kepimpinan  guru mempunyai hubungan yang lemah dengan keberhasilan pelajar (r= .238, p < .05). Hasil analisis  regresi linear mudah menunjukkan kepimpinan guru mempengaruhi keberhasilan pelajar (β=.238,  p=0.0.....
Thesis Published 2019 2988 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.